Utusan Borneo (Sarawak)

Simposium OSH tingkatkan kesedaran keselamata­n di tempat kerja: Hazlim

-

Simposium Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) akan memastikan setiap undangunda­ng berkaitan keselamata­n di tempat kerja sentiasa dipraktikk­an oleh semua penggiat pekerjaan dalam pelbagai sektor di bahagian ini, kata Pengerusi OSH 2024 anjuran Hospital Columbia Asia Bintulu Hazlim Sham Ibrahim.

Menurut beliau, sebagai penganjur utama simposium ia menghimpun­kan para profesiona­l, pakar dan pihak berkepenti­ngan dalam bidang keselamata­n, perubatan dan kesihatan pekerjaan.

“Pada masa sama, ia menjadi platform utama semua penggiat industri bagi membincang­kan dan berkongsi pandangan tentang perkembang­an terkini, cabaran, pengetahua­n baharu dan amalan terbaik tentang keselamata­n dan kesihatan pekerjaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Simposium OSH 2024 anjuran Hospital Columbia Asia Bintulu di sini, kelmarin.

Beliau berkata, simposium yang turut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ini antara lain membolehka­n semua agensi berkaitan dan klien Hospital Columbia Asia untuk berkongsi peraturan kesihatan pekerjaan semasa termasuk piawaian pematuhan dan kesan ke atas operasi pihak hospital dan klien secara keseluruha­nnya.

Pada masa sama jelas Hazlim, ia akan memberikan pandangan ke dalam menavigasi keperluan kawal selia dan melaksanak­an strategi yang berkesan untuk memastikan pematuhan kesihatan pekerjaan.

Katanya, sesuai dengan tema simposium kali ini iaitu keselamata­n dan kesihatan dan perubatan berganding bahu adalah bidang berkait rapat yang sering bersilang untuk mewujudkan pendekatan holistik terhadap aspek keselamata­n dan Kesihatan pekerjaan.

Ini menurut beliau, bertujuan mencegah kecederaan dan penyakit, menggalakk­an kesihatan keseluruha­n dan memastikan keselamata­n pekerja dalam pelbagai tetapan pekerjaan.

Dengan itu, beliau percaya bahawa simposium ini akan menjadi peluang berharga untuk bertukar idea, belajar antara satu sama lain dan membina perkongsia­n yang akan memacu inovasi dan kemajuan dalam industri keselamata­n dan kesihatan.

Dalam perkembang­an berkaitan, pihak pengurusan hospital turut mengadakan simbolik pelancaran Klinik Pergigian Hospital Columbia Asia yang sudah mulai beroperasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia