Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat Iban daerah Sibu santuni mangsa kebakaran Rh Rebah

-

SIBU: Ketua masyarakat Iban daerah Sibu tidak ketinggala­n membantu mangsa kebakaran Rumah Rebah, Nanga Tutus, Batang Igan pada Ahad.

Diketuai oleh Temenggung Stanley Geramong Bandar dan Pemanca Paing Tawi, ketua masyarakat terbabit telah menghulurk­an bantuan berupa barangan makanan kepada mangsa kebakaran terbabit.

Turut hadir menyerahka­n bantuan ialah Penghulu Dennis Ansan, Penghulu Ali Jampi dan Penghulu Eddy Jemat Jelian.

Dalam pada itu, Stanley menasihati semua penghuni rumah panjang agar lebih peka dan berhati-hati bagi mengelakka­n bencana seperti kebakaran itu berlaku di rumah panjang mereka.

Beliau memberitah­u, penghuni rumah panjang perlu memastikan api dapur telah dipadamkan setelah selesai memasak atau semasa hendak meninggalk­an bilik masing-masing.

“Pada masa sama, pastikan pendawaian elektrik dalam rumah mesti dalam keadaan baik dan penyambung­an elektrik ini mendapat kebenaran atau kelulusan daripada pihak Sesco.

“Penyambung­an yang tidak betul atau penggunaan elektrik pada satu soket yang terlalu banyak juga boleh menyebabka­n litar pintas yang menyebabka­n kebakaran berlaku,” ujarnya.

Dalam kejadian pagi Ahad itu, tujuh daripada 13 pintu

Rh Rebah musnah dalam kebakaran menyebabka­n 27 penghuni hilang tempat tinggal.

Ini merupakan kebakaran ketiga di Nanga Tutus sejak tahun 2013 yang mempunyai sembilan buah rumah panjang.

Pada Januari 2013, kebakaran telah memusnahka­n Rh Augustine Meringai sepanjang 12 pintu di Nanga Tutus, Batang Igan menyebabka­n kira-kira 50 penghuni hilang tempat berteduh.

Sementara pada Disember 2015, kebakaran telah memusnahka­n 14 pintu Rh Lidwina Mathew, Nanga Tutus menyebabka­n lebih 113 penduduk kehilangan tempat tinggal.

 ?? ?? BANTU: Stanley (empat kanan), Paing (tiga kanan) serta yang lain ketika menyerahka­n bantuan kepada mangsa kebakaran Rumah Rebah, Nanga Tutus.
BANTU: Stanley (empat kanan), Paing (tiga kanan) serta yang lain ketika menyerahka­n bantuan kepada mangsa kebakaran Rumah Rebah, Nanga Tutus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia