Utusan Borneo (Sarawak)

Atasi isu tukar silinder LPG kuning ke merah dengan lebih cekap: Lau

-

SIBU: Ahli Parlimen Lanang Alice Lau menggesa kerajaan negeri supaya menyelesai­kan isu pertukaran silinder gas petroleum cecair (LPG) MyGaz kuning kepada silinder gas merah PETROS dengan lebih cekap.

Beliau menggesa kerajaan Sarawak supaya tidak mengamalka­n ‘mentaliti burung unta’ terhadap masalah pengguna silinder kuning MyGaz di Sarawak yang tidak dapat menggantik­annya dengan silinder gas PETROS.

“Ini kerana gas adalah keperluan hidup untuk semua isi rumah, jadi kerajaan perlu menyelesai­kan masalah ini dan tidak boleh bertangguh lagi.

“Hampir setiap hari saya masih menerima panggilan daripada penduduk di Sibu bertanyaka­n isu ini,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Alice yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat mendakwa isu ini yang bermulapad­aDisembert­ahun

lepas, berlarutan sehingga ke hari ini dan ia masih belum diselesaik­an sepenuhnya dengan sewajarnya oleh kerajaan Sarawak.

“Ramai orang yang memiliki silinder MyGaz merungut tiada tempat untuk menggantik­an silinder mereka kerana peniaga enggan menerima silinder mereka untuk ditukar dengan silinder gas PETROS.

“Ini membuatkan mereka yang kehabisan gas terpaksa memasak menggunaka­n periuk nasi yang menyebabka­n bil elektrik melambung tinggi,” tegasnya.

Lau juga memberitah­u pada 2 hingga 8 Februari lalu, menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, terdapat dua nombor talian hotline perkhidmat­an PETROS untuk orang ramai menghubung­i dan membuat pertanyaan untuk menggantik­an atau mengisi semula silinder gas PETROS mereka.

Bagaimanap­un, katanya, ia hanya langkah sementara sahaja dan bukan penyelesai­an yang kekal.

Beliau berkata, gas adalah milik autonomi kerajaan Sarawak.

“Memandangk­an mereka mahu memonopoli pasaran gas, mengapa kerajaan Sarawak tidak menyedari terlebih dahulu bahawa silinder MyGaz telah menduduki pasaran Sarawak untuk masa yang lama.

“Walaupun kuantiti terhad, mereka bertindak tergesa-gesa dan tidak memastikan terdapat jumlah silinder gas PETROS baharu yang mencukupi untuk menggantik­an semua silinder MyGaz di pasaran,” ujarnya.

Beliau menegaskan kerajaan Sarawak perlu mengakui wujudnya masalah ini dan perlu segera menambah lebih banyak silinder gas PETROS baharu bagi menampung kekurangan di pasaran.

“Sekiranya pihak berkuasa yang berkenaan hanya menyeru orang ramai untuk menghubung­i talian hotline untuk mengadu apabila berhadapan dengan masalah tidak dapat menggantik­an silinder gas mereka, ia sama seperti ‘menendang bola’ kepada pengedar.

“Pengedar terpaksa enggan menerima silinder MyGaz kerana tidak cukup silinder gas PETROS,” katanya.

Namun dari sudut perniagaan katanya, pengedar tidak boleh dipersalah­kan dalam hal tersebut.

“Sebaliknya, kerajaan Sarawak dan PETROS Niaga mempunyai tanggungja­wab mutlak untuk menyediaka­n bekalan silinder gas yang mencukupi,” tambahnya.

 ?? ?? LAU
LAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia