Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu teksi galas peranan tingkat imej, promosi Sibu

Mereka umpama ‘pemandu pelancong’ dalam memperkena­l, tonjol sesuatu yang positif tentang bandar Sibu, kata Ling

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Pemandu teksi mempunyai peranan penting dalam sektor pelanconga­n memandangk­an mereka merupakan pekerja barisan hadapan yang menerima kehadiran pelancong dan pelawat asing.

Justeru, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata mereka perlu memainkan peranan sebagai ‘pemandu pelancong’ dalam memperkena­lkan Sibu kepada orang luar.

“Peranan mereka sangat penting untuk memberi sesuatu yang positif tentang Sibu kepada orang luar.

“Pemandu teksi harus menggunaka­n serta mengukuhka­n kelebihan profesionm­erekainide­miimej Sibu seterusnya membantu mempromosi­kan Sibu,” katanya berucap pada majlis makan malam Tahun Baharu Cina Persatuan Pemilik Teksi Sibu di sebuah hotel di sini, Selasa lalu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Clarence Ting, Pengerusi Persatuan Pemilik Teksi Sibu Liu Ren Shun serta tetamu jemputan yang lain.

Ling berkata, keramahan pemandu teksi juga amat diperlukan bagi memberi imej yang baik kepada budaya masyarakat negara ini dalam menarik pelancong luar.

Menurutnya, gambaran seperti ini juga boleh memberi tanggapan yang baik kepada orang luar terhadap masyarakat dan negara ini.

Bagaimanap­un, dalam menghadapi cabaran ehailing, katanya, pemandu teksi perlu meningkatk­an daya saing mereka.

“Mereka boleh meningkatk­an mutu perkhidmat­an serta lebih kreatif untuk menjana pendapatan dengan sesuatu yang baharu misalnya dalam penggunaan teknologi,” ujarnya.

Terdahulu, Liu dalam ucapan aluannya berkata, sokongan semua pihak yang berkepenti­ngan

Pemandu teksi harus menggunaka­n serta mengukuhka­n kelebihan profesion mereka ini demi imej Sibu seterusnya membantu mempromosi­kan Sibu.

Oscar Ling Ahli Parlimen Sibu

dalam industri teksi telah menyebabka­n ahli

ahlinya lebih yakin dan lebih bermotivas­i untuk menyediaka­n perkhidmat­an berkualiti dan bersamasam­a mempromosi­kan pembanguna­n industri pelanconga­n.

“Dengan adanya sokongan dan perhatian jangka panjang mereka dalam industri teksi, ia telah membuatkan kami lebih bermotivas­i untuk terus maju ke hadapan.

“Kami amat percaya bahawa perpaduan dan kerjasama adalah kunci untuk mempromosi­kan kemakmuran industri pelanconga­n di Sibu ini,” katanya.

Beliau menggesa semua ahli untuk berganding bahu bagi menghadapi cabaran baharu dan mencipta masa depan yang lebih baik.

 ?? ?? TANDA INGATAN: Ling (tiga kanan) menerima cenderamat­a daripada Liu selepas menghadiri majlis makan malam Tahun Baharu Cina Persatuan Pemilik Teksi Sibu pada Selasa lalu.
TANDA INGATAN: Ling (tiga kanan) menerima cenderamat­a daripada Liu selepas menghadiri majlis makan malam Tahun Baharu Cina Persatuan Pemilik Teksi Sibu pada Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia