Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern akan tamatkan kontrak Tuchel akhir musim ini

-

Kelab Bayern Munich pada Rabu berkata mereka akan menamatkan kerjasama dengan jurulatih Thomas Tuchel pada akhir musim ini, ketika juara bertahan Bundesliga Jerman itu bergelut untuk mengekalka­n saingan kejuaraan liga.

“Kami sudah mencapai satu keputusan untuk menamatkan kerjasama dengan sebulat suara pada musim panas ini,” kata CEO Bayern,Jan-Christian Dreesen dalam satu kenyataan, berikutan rundingan dengan Tuchel.

Tuchel di mana kontrak semasanya dijadualka­n sehingga 2025, akan meninggalk­an kelab pada 30 Jun tahun ini.

“Sehingga itu, saya akan terus melakukan segala-gala yang saya mampu bersama kakitangan kejurulati­han saya untuk mencapai kejayaan sepenuhnya di kelab,” kata Tuchel dalam satu kenyataan.

Bayern akan mencari “arah tuju bola sepak baharu” di bawah jurulatih berbeza pada musim hadapan, kata Dreesen.

‘Pemecatan’ awal Tuchel hadir selepas tiga kekalahan berturut-turut, termasuk kekalahan mengecewak­an 03 kepada pesaing liga utama, Bayer Leverkusen.

Dengan baki 12 perlawanan musim ini, Bayern ketinggala­n lapan mata di belakang Leverkusen, yang mendahului liga dan masih belum tewas setakat musim ini.

Leverkusen mencipta rekod 32 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertanding­an, menyamai rekod yang dicipta oleh skuad Bayern yang pernah dikendalik­an Hansi Flick pada musim 2019/2020 dan 2020/2021.

Selepas tewas kepada Leverkusen, Bayern tewas 0-1 kepada Lazio dalam perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara dan kemudian dimalukan 2-3 oleh kelab tercorot liga, Bochum dalam aksi liga.

Selepas satu tempoh buruk, Tuchel mengakui peluang Bayern untuk memenangi kejuaraan liga adalah “tidak realistik”.

Tuchel menolak spekulasi di mana dia akan dipecat

tetapi pelan pemecatan yang diumumkan pada Rabu menggambar­kan standard yang tinggi di Bayern.

Dreesen berkata dia akan “memastikan pasukan bertanggun­gjawab” di atas prestasi mereka untuk melakukan sesuatu pada baki musim.

Perlawanan Bayern seterusnya ialah menentang RB Leipzig pada Sabtu, sementara perlawanan kedua menentang Lazio di Munich dijadualka­n pada 5 Mac.

“Dalam Liga Juara-Juara terutama sekali... kami yakin kami akan melangkah ke peringkat suku akhir di Allianz Arena dengan sokongan padu penyokong kami,” kata Dreesen.

Tuchel mengalami nasib yang sama seperti bekas jurulatih, Julian Nagelsmann, yang dipecat pada bulan Mac tahun lepas ketika kelab berada di tangga kedua liga.

Pengurusan Bayern melantik Tuchel selepas dia dipecat oleh kelab Chelsea pada lewat 2022, menyebabka­n dia sendiri “terkejut” dengan pelantikan­nya.

“Saya sangat terkejut. Masanya amat mengejutka­n,” kata bekas jurulatih Borussia Dortmund dan Paris SaintGerma­in ketika itu.

Dia diberi tugas menyelamat­kan musim Bayern dan bertanding dalam semua pertanding­an, domestik dan di Eropah.

Tempohnya bermula bercampur-campur, menewaskan Dortmund 42 pada penampilan sulung

untuk memintas kelab itu ke tangga teratas dalam liga sebelum tersingkir dalam pertanding­an Piala Jerman apabila tewas kepada Freiburg.

Bayern juga tersingkir dari Liga Juara-Juara apabila tewas kepada Manchester City di peringkat suku akhir.

Kekalahan 1-3 di tempat sendiri kepada Leipzig menyebabka­n Bayern tercicir ke tangga kedua di belakang Dortmund menjelang perlawanan terakhir musim.

Hanya kegagalan Dortmund meraih kemenangan, apabila seri 2-2 dengan Mainz, membolehka­n Bayern memenangi kejuaraan liga buat kali ke-11 berturut-turut.

Bayern memulakan musim ini sebagai pilihan untuk meraih kejuaraan liga buat kali ke-12.

Pembelian penyerang antarabang­sa England, Harry Kane dari Tottenham Hotspur merupakan urusan pembelian penting Bayern pada musim panas.

Namun walaupun Kane mendahului senarai penjaring liga dengan 25 gol, Bayern hambar dalam liga dan juga tersingkir dari Piala Jerman oleh kelab divisyen tiga, Saarbrueck­en.

Prestasi memberangs­angkan jurulatih Leverkusen, Xabi Alonso, menyebabka­n namanya dikaitkan sebagai pengganti Tuchel, selain beberapa kelab lain termasuk Real Madrid dan Liverpool. — AFP

 ?? ?? TUCHEL
TUCHEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia