Utusan Borneo (Sarawak)

Alcaraz bersedia pertahan kejuaran di Indian Wells

- — AFP

RIO DE JANEIRO: Pemain ranking kedua dunia, Carlos Alcaraz, berkata kecederaan yang memaksanya menarik diri dari kejohanan ATP Terbuka Rio, akan menyebabka­nnya perlu berehat ‘beberapa hari’ tetapi menegaskan bahawa dia akan bersedia untuk mempertaha­nkan kejuaraan di Indian Wells selepas satu perlawanan pertunjukk­an menentang Rafael Nadal di Las Vegas.

“Saya menjalani pemeriksaa­n MRI di pergelanga­n kaki saya selepas kecederaan semalam,” kata Alcaraz. “Selepas pertemuan dengan doktor dan pakar psio saya, mereka mengesan ia adalah hanya terseliuh.

“Mereka berkata saya perlu berehat selama beberapa hari! Jumpa anda di Las Vegas dan Indian Wells!”

Alcaraz mengalami kecederaan pada mata kedua perlawanan pusingan pertama menentang pemain wildcard tuan rumah, Thiago Monteiro.

Dia berjalan terhincuth­incut selepas terjatuh di

permukaan tanah liat dan memerlukan rawatan di buku lali yang mengembang. Dia kembali meraih kemenangan tetapi selepas tewas permainan kedua, dia membuat keputusan untuk menarik diri.

Alcaraz berkata pada sidang media selepas perlawanan di mana pakar psio membayangk­an kecederaan “tidak serius” dan pemeriksaa­n lanjut pada Rabu mengesahka­nnya.

Alcaraz masih berhasrat untuk bermain satu perlawanan pertunjuka­n anjuran Netflix pada 3 Mac di Las Vegas, menentang rakan senegarany­a dari Sepanyol, yang juga pemenang 22 kejuaraan Grand Slam.

Perlawanan di Michelob Ultra Arena di Mandalay Bay Resort adalah sebahagian dari kepulangan Nadal ke gelanggang tenis selepas hampir setahun berehat kerana kecederaan.

Undian utama untuk kejohanan di Indian Wells bermula 6 Mac, di mana semua pemain pilihan menerima laluan percuma ke pusingan kedua.

Alcaraz menewaskan Daniil Medvedev 6-3 dan 6-2 untuk memenangi kejohanan di Indian Wells tahun lepas dan kembali ke ranking nombor satu dunia.

Dia menjadi pemain paling muda yang menduduki ranking nombor satu dunia selepas memenangi kejuaraan Terbuka AS pada usia 19 tahun pad 2022, tetapi musim 2022 berakhir awal apabila mengalami kecederaan otot perut semasa kejohanan Siri Master Paris pada bulan November, menyebabka­nnya tidak beraksi di Terbuka Australia pada 2023 kerana kecederaan semasa menjalani latihan.

Pemain berusia 20 tahun itu juga menarik diri dari kejohanan Siri Master Monte Carlo tahun lepas kerana kecederaan belakang.

 ?? — Gambar AFP ?? TARIK DIRI: Alcaraz menahan kesakitan selepas mengalami kecederaan pada perlawanan ATP Terbuka Brazil menentang Carlos Monteiro di Rio de Janeiro, Brazil.
— Gambar AFP TARIK DIRI: Alcaraz menahan kesakitan selepas mengalami kecederaan pada perlawanan ATP Terbuka Brazil menentang Carlos Monteiro di Rio de Janeiro, Brazil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia