Utusan Borneo (Sarawak)

Kepulangan Osimhen bantu Napoli ikat Barca 1-1

Kembali dari penggantun­gan dengan ledak satu gol pada aksi pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara

-

NAPLES: Victor Osimhen membuat kepulangan istimewa untuk Napoli pada Rabu apabila golnya membolehka­n juara Serie A Itali itu seri 1-1 dengan Barcelona dalam perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara.

Osimhen mengikat kedudukan ketika berbaki 15 minit perlawanan di Stadio Diego Armando Maradona pada perlawanan pertamanya sejak kembali dari skuad Nigeria yang beraksi dalam Piala Negara Afrika.

Penyerang berusia 25 tahun itu mengikat gol pembukaan Robert Lewandowsk­i pada minit ke-60, yang kelihatan menjadi gol penting ketika Barca beraksi lebih baik untuk hampir sepanjang permainan namun Napoli menjaringk­an gol pada percubaan tepat yang pertama mereka.

“Dia pemain yang sangat penting bagi kami,” kata kapten Napoli, Giovanni Di Lorenzo.

“Dia kembali dengan sikap yang betul. Kami tahu dia akan mengharung­inya kerana dia seorang pemain yang hebat dan profesiona­l. Dia akan memberikan bantuan kepada kami pada perlawanan akan datang.”

Kali terakhir Osimhen beraksi bersama Napoli ialah ketika tewas 0-2 di AS Roma sebelum Krismas, apabila dia adalah salah seorang dari dua pemain dalam pasukannya yang dibuang padang.

Gol kesembilan­nya bersama kelab musim ini itu hadir pada saat yang penting, bukan hanya dalam perlawanan

“Dia kembali dengan sikap yang betul. Kami tahu dia akan mengharung­inya kerana dia seorang pemain yang hebat dan profesiona­l. Dia akan memberikan bantuan kepada kami pada perlawanan akan ” datang. Giovanni Di Lorenzo Kapten Napoli

ini tetapi dalam kempen kelab ketika mereka bermain di bawah kendalian jurulatih ketiga musim ini, Francesco Calzona.

Calzona mempunyai kurang 48 jam untuk membuat persediaan bagi perlawanan pertamanya selepas menggantik­an Walter Mazzarri pada Isnin lepas, dan Osimhen memberikan Napoli satu peluang untuk meneruskan kemaraan walaupun aksi hambar pasukannya.

Napoli akan menghadapi

perlawanan kedua di Barca dengan menyedari bahawa bersama-sama Osimhen, sentiasa akan ada peluang gol tidak kira apa jua prestasi pasukan.

Bagi Barca, ia adalah satu lagi aksi hambar dalam kempen turun naik di mana jurulatihn­ya, Xavi, akan meninggalk­an kelab pada akhir musim ini, dengan jangkaan presiden kelab, Joan Laporta, tidak memecatnya lebih awal.

Barca memiliki peluang

lebih baik tetapi gagal menamatkan cabaran Napoli dan mungkin menerima padah di atas kegagalan menyempurn­akan peluang pada perlawanan pertama.

Barca menunjukka­n kenapa mereka adalah pasukan pilihan juara pada awal permainan, menguasai bola dan mencipta beberapa peluang.

Pemain remaja, Lamine Yamal, hampir menjadi penjaring gol paling muda dalam Liga Juara-Juara apabila rembatanny­a pada minit kesembilan

berjaya diselamatk­an Alex Meret.

Pada minit ke-23, Barca mempunyai dua peluang untuk membuka jaringan lebih awal, dengan cubaan Lewandowsk­i juga diselamatk­an oleh Meret, yang kemudian menepis rembatan jarak jauh Ilkay Gundogan.

Dari itu, Napoli mulai mencari rentak tetapi gagal mencipta sebarang peluang sebelum rehat.

Barca meningkatk­an rentak selepas rehat dan selayaknya membuka jaringan apabila Lewandowsk­i menerima umpanan Pedri sebelum menewaskan Meret.

Gol itu membakar semangat Barca, yang terus mencari gol kedua namun mereka gagal melakukan penyudah meyakinkan sebelum Osimhen menyempurn­akan hantaran Inigo Martinez untuk mengikat kedudukan.

Andre-Frank Zambo Anguissa dan pemain gantian Giovanni Simeone mempunyai peluang untuk memastikan kemenangan Napoli namun Barca juga mempunyai peluang lebih baik untuk menjaringk­an gol kemenangan lewat tetapi rembatan Gundogan pada lewat permainan sedikit tersasar.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara di antara Napoli dan Barcelona di Stadium Diego Armando Maradona di Naples.
— Gambar AFP AKSI HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara di antara Napoli dan Barcelona di Stadium Diego Armando Maradona di Naples.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia