Utusan Borneo (Sarawak)

Ratcliffe perlu memulakan perubahan budaya di Man Utd

-

Sir Jim Ratcliffe berkata dia perlu memulakan perubahan budaya di Manchester United kerana kelab tidak tersedia untuk kejayaan.

Pembelian saham minoriti oleh hartawan British itu disahkan secara rasmi pada Selasa lepas dan dia dijangka akan membuat beberapa pelantikan penting sebagai sebahagian dari penstruktu­ran semula kelab.

Omar Berrada akan tiba sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada musim panas ini dari kelab Manchester City, dan rundingan masih berjalan untuk membawa pengarah teknikal kelab Newcastle United, Dan Ahsworth dan pengarah teknikal kelab Southampto­n, Jason Wilcox, untuk beberapa jawatan senior.

Seorang timbalan eksekutif juga menjadi buruan ketika Ratcliffe mahu melakukan pelantikan “kelas dunia” untuk membantu memudahkan perubahan dalam padang.

“Kami harus melihat kepada organisasi kelab, kerana ia tidak bagus ketika ini,” kata Ratcliffe. “Ambil contoh ketua jurulatih (Erik ten Hag): dia harus melaporkan secara terus kepada CEO. Ia tidak lagi dapat dalam organisasi bola sepak moden.

“Kita kemudian harus memastikan orang yang betul dalam jawatan yang betul. Setiap orang dalam pengurusan harus berkelas dunia. Dan ia adalah penting untuk mencipta persekitar­an positif, mesra, berkualiti tinggi dan penuh galakkan. Budaya itu hilang sebelum ini. Hanya dalam persekitar­an seperti itu boleh menghasilk­an yang terbaik dari atlet sukan kami. Jika berjaya, keputusan akan menyusul secara semula jadi. Ia adalah pelan dan saya mempercaya­inya.”

Ratcliffe memainkan peranan aktif membentuk struktur baharu, bersama-sama pengarah sukan syarikat miliknya, Ineos, Sir Dave Brailsford dan CEO sukan, Jean-Claude Blanc, yang akan mengisi jawatan dalam lembaga pengarah kelab.

Berrada mahu membentuk pengurusan kecil di peringkat tertinggi kelab untuk membantu membawa kelab ke era baharu.

United ketika ini berada di tangga keenam Liga Perdana Inggeris, lima mata di belakang pasukan di tangga keempat liga, yang memberikan slot terakhir ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

United gagal melepasi pusingan pertama Liga Juara-Juara musim ini dengan kelab hanya menjulang satu kejuaraan dari enam musim terakhir dan belum memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris sejak 2013. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia