Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool kukuh di tangga teratas

Menjarakka­n diri dengan pencabar terdekat Man City kepada empat mata hasil kemenangan 4-1 ke atas Luton Town

- — AFP

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata skuadnya yang diselubung­i kecederaan pemain, menghasilk­an ‘percikan bunga api’ untuk bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Luton Town 4-1 dan menjarakka­n kedudukan di singgahsan­a Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan empat mata pada Rabu.

Kami hanya perlu bermain dengan lebih tenang pada saat penting. Sebaik sahaja menjadi lebih tenang, maka muncul percikan bunga api. Bagi saya, ia adalah gol yang hebat dan malam yang hebat.

Juergen Klopp Pengurus Liverpool

Chiedozie Ogbene meletakkan Luton di hadapan dalam separuh masa pertama ketika menentang lawan yang beraksi tanpa Mohamed Salah, Darwin Nunez dan Diogo Jota antara lain.

Dua pemain antarabang­sa Belanda, Virgil van Dijk dan Cody Gakpo mengubah rentak permainan apabila menjaringk­an dua gol dalam tempoh dua minit sebelum satu jam permainan dan dua lagi gol dijaringka­n Luis Diaz dan Harvey Elliott.

Kemenangan meletakkan Liverpool empat mata di hadapan Manchester City dan lima mata di hadapan Arsenal tetapi bermain lebih satu perlawanan berbanding dua pesaing utamanya.

“Bagaimana stadium dan pasukan bersama-sama mengubah permainan adalah luar biasa sekali,” kata Klopp.

“Kami hanya perlu bermain dengan lebih tenang pada saat penting. Sebaik sahaja menjadi lebih tenang, maka muncul percikan bunga api. Bagi saya, ia adalah gol

yang hebat dan malam yang hebat.”

Skuad Liverpool sudah mengecil kerana kecederaan sebelum Curtis Jones , Jota dan Nunez mengalami kecederaan ketika kemenangan 4-1 di Brentford hujung minggu lepas.

Salah menjaringk­an gol selepas kembali beraksi hujung

minggu lepas tetapi dia terpaksa bermula di bangku simpanan untuk mengelak sebarang kemungkina­n kecederaan berulang.

Klopp sudah tanpa penjaga gol Alisson Becker, Trent Alexander-Arnold, Joel Matip dan Thiago Alcantara kerana kecederaan dan Liverpool dipaksa bekerja lebih kuat

untuk tiga mata berbanding apa yang mereka mahukan, beberapa hari sebelum menentang Chelsea di final Piala Liga Inggeris Ahad ini.

Bagaimanap­un, Salah dan Nunez mungkin cergas diturunkan untuk final di Wembley nanti.

“Kami harus lihat tetapi saya berkata sebelum perlawanan

di mana selagi kami mempunyai 11 pemain dalam padang, kami akan berusaha,” tambah Klopp.

Luton mengikat Liverpool 1-1 dalam pertemuan pertama di Kenilworth Road pada bulan November lepas dan kelihatan mampu memberikan kejutan kepada pasukan elit Liga Perdana selepas kembali semula ke liga elit.

Bagaimanap­un, Luton belum memberikan ancaman serius tetapi sudah di hadapan pada minit ke-12.

Tahith Chong membawa bola ke dalam kotak penalti Liverpool dan apabila rembatan kencangnya dihadang oleh kaki penjaga gol Caoimhin Kelleher, Ogbene berada di tempat yang tepat untuk menanduk bola muntah ke pintu gol.

Semua peluang Liverpool sebelum rehat adalah dari Diaz tetapi penyerang antarabang­sa Colombia itu mensiasiak­an enam peluang.

Klopp membakar semangat penonton di Anfield dengan setiap peluang dan pasukannya akhir memecah kebuntuan pada minit ke-56.

Van Dijk mengetuai kebangkita­n Liverpool apabila melepasi kawalan untuk menanduk tendangan sudut Alexis Mac Allister.

“Reaksi yang ditunjukka­n hari ini adalah luar biasa dan sesuatu yang kami perlukan untuk baki musim ini,” kata Van Dijk. “Hari ini adalah sangat besar!”

Mac Allister sekali lagi mengumpan bola ketika Luton gagal menangani gerakan dari bola mati.

Conor Bradley melakukan balingan ke dalam kepada Mac Allister dan hantaran lintangnya disempurna­kan Gakpo untuk gol pendahulua­n Liverpool.

Hanya ketangkasa­n penjaga gol Luton, Thomas Kaminski menafikan dua lagi cubaan Gakpo dan Van Dijk ketika Liverpool terus bersemanga­t.

Dan Klopp kelihatan boleh bertenang 19 minit sebelum tamat permainan apabila Diaz menjaringk­an gol peribadi ke-10 musim ini untuk gol ketiga Liverpool.

Elliott kemudian melengkapk­an jaringan pada penampilan ke-100 bersama Liverpool.

Kekalahan meletakkan Luton masih dalam zon penyingkir­an dengan perbezaan gol.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Luton Town di Anfield. Liverpool menang 4-1.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Luton Town di Anfield. Liverpool menang 4-1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia