Utusan Borneo (Sarawak)

Lima wanita kini dalam Majlis Tertinggi PBB susulan pindaan perlembaga­an

-

Bilangan wanita dalam Majlis Tertinggi Badan Induk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan lebih ramai dengan tambahan lima lagi perwakilan selepas pindaan perlembaga­an parti diluluskan berkuat kuasa 7 Jun 2023.

Ketua Pergerakan Wanita PBB Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini merupakan satu perkembang­an yang baik untuk wanita PBB berbanding sebelum ini di mana hanya seorang atau dua wanita sahaja dalam majlis tertinggi badan induk PBB.

“Kalau dahalu, hanya ketua wanita secara automatik akan menjadi naib presiden dalam majlis tertinggi badan induk PBB dan kadang-kadang misalnya, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dilantik sebagai penolong setiausaha, jadi kita ada dua.

“Jadi sekarang yang sudah tetap dalam perlembaga­an lima, tambah ketua wanita automatik jadi naib presiden,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB yang pertama bagi tahun ini dan keempat bagi penggal ini di Ibu Pejabat PBB di sini, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Wanita PBB Senator Susan Chemerai Anding berkata, pindaan tersebut adalah satu tambahan kepada Perkara 14 Perlembaga­an PBB.

Katanya, ia menyebut tidak lebih daripada 32 ahli termasuk lima ahli daripada Pergerakan Pemuda, lima ahli daripada Pergerakan Wanita dan dua ahli daripada Pergerakan Belia PBB akan dilantik oleh Yang Dipertua dengan persetujua­n Majlis Tertinggi.

“Jadi ertinya, tambahan lima keahlian wanita dalam majlis tertinggi badan induk wanita,” katanya.

Ujarnya lagi, cadangan pindaan itu telah diajukan Wanita PBB semasa Konvensyen PBB pada 2022 dan telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkuat kuasa 7 Jun 2023.

Dalam perkembang­an lain, Fatimah berkata Pergerakan Wanita PBB akan mengadakan Program Sarawak Kita Empun (SKE) siri kedua pada Ahad ini di Demak Laut.

 ?? ?? SIDANG MEDIA: Fatimah (tengah) bercakap pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB, semalam.
SIDANG MEDIA: Fatimah (tengah) bercakap pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia