Utusan Borneo (Sarawak)

Teknologi baharu lonjak industri lada

Uggah sokong penuh kaedah moden yang mampu meningkatk­an pengeluara­n lada dan pendapatan petani.

-

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyokong penuh kemajuan dan pelaksanaa­n teknologi baharu dalam industri lada negeri.

Uggah berkata, industri itu amat penting kepada negeri dan pekebun luar bandar yang sejak sekian lama bergantung kepada komoditi tersebut untuk meraih pendapatan.

Menurutnya, beliau telah diberitahu oleh Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia (MPB) Vincent Sawat bahawa pihaknya akan merealisas­ikan penggunaan teknologi baharu dalam penanaman lada.

“MPB misalnya, menjalanka­n projek perintis untuk mengaplika­si Internet Benda (IoT) dan kaedah moden seperti fertigasi di Semenggok, Kuching dan di Sarikei,” ujarnya selepas merasmikan ceramah Pembanguna­n Industri Lada yang diadakan di Rumah Joseph Sanda di Jambu Kerampak di Layar, Betong semalam.

Hadir sama Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu.

Uggah menambah, teknologi baharu itu akan menjadi talian hayat baharu bagi industri terbabit.

“Saya telah diberitahu bahawa dengan teknologi baharu, petani boleh menjangkak­an dapat menuai kira-kira empat kilogram bagi setiap pokok lada berbanding purata dua kilogram pada masa ini.

“Ini boleh menarik petani muda baharu yang akan menanam tanaman baharu,” katanya.

Sementara itu, Uggah berkata Agensi Pembanguna­n Bahagian Betong (BDDA) telah memperuntu­kkan sejumlah RM3 juta untuk membantu pembanguna­n industri itu di Betong.

Ia juga katanya, bagi melengkapi usaha MPB dan Jabatan Pertanian.

“Kita mahu menggalakk­an lebih ramai anak muda baharu dalam penanaman lada.

“Mereka boleh menghasilk­an tanaman baharu untuk menghasilk­an kualiti yang lebih baik dengan

kuantiti lebih banyak,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya juga mahu membantu petani sedia ada mengatasi aliran menurun dalam kitaran harga pasaran supaya mereka dapat mengekalka­n ladang.

“Di kawasan saya (Bukit Saban), lada masih merupakan tanaman yang sangat penting.

“Ia telah menyediaka­n dan akan terus memberikan mereka (petani) pendapatan untuk perbelanja­an harian,” katanya.

 ?? ?? TERUJA: Uggah (dua kanan) menyiram anak benih lada yang baru ditanamnya bersama Dr Rundi (dua kiri) dan Dr Richard pada program ceramah Pembanguna­n Industri Lada di Rumah Joseph Sanda di Layar, Betong semalam. Turut kelihatan, Vincent (kanan).
TERUJA: Uggah (dua kanan) menyiram anak benih lada yang baru ditanamnya bersama Dr Rundi (dua kiri) dan Dr Richard pada program ceramah Pembanguna­n Industri Lada di Rumah Joseph Sanda di Layar, Betong semalam. Turut kelihatan, Vincent (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia