Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas bantu tingkat kesihatan di luar bandar Sarawak

Ia menerusi penambahba­ikan perkhidmat­an, infrastruk­tur klinik kesihatan selaras peranan dimainkan kerajaan Sarawak

- Oleh Hamkar Sarbinee Norazibah M Rabu Pengurus Kanan Petronas Sarawak

SADONG JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memainkan peranan penting bersama-sama kerajaan Sarawak menyediaka­n kemudahan kesihatan khasnya di klinik kesihatan luar bandar di seluruh negeri.

Pengurus Kanan Petronas Sarawak Norazibah M Rabu berkata, kerajaan Sarawak sebelum ini turut memohon bantuan daripada Petronas bagi menambah baik perkhidmat­an dan infrastruk­tur klinik kesihatan luar bandar di Sarawak pada 2020.

Menurutnya, Petronas tidak teragak-agak membantu kerana pihaknya sedar bahawa penduduk di kawasan luar bandar telah lama kekurangan sistem penjagaan yang berkualiti.

“Susulan perbincang­an lanjut, Petronas memutuskan untuk menyediaka­n peruntukan RM1.3 juta bagi mendapatka­n perubatan asas untuk pusat perubatan di Sarawak.

“Antara peralatan yang ditaja ialah ‘multi-parameter patient monitor,’ ‘fetal doppler,’ ‘dandheld pulse oximeter’ dan sebagainya,” ujarnya.

Norazibah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Keperluan Perubatan Asas dari Petronas dan Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (SABATI), di Klinik Kesihatan Sadong Jaya di sini, semalam.

Hadir menyempurn­akan majlis tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk

Amar Dr Sim Kui Hian.

Jelas Norazibah, program kali ini turut melibatkan rakan

kongsi iaitu dari SABATI, sekali gus meningkatk­an penjagaan kesihatan di luar bandar Sarawak.

Justeru, beliau berharap agar program seperti ini yang dijalankan bersama-sama pihak SABATI dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dapat membantu meringanka­n beban penduduk luar bandar Sarawak.

Hadir sama Timbalan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Datuk Ir Aidel Lariwoo, Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, Timbalan Presiden merangkap Setiausaha Kehormat SABATI Datin Amar Enn Ong Siok Ean, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Veronica Lugah serta tetamu lain.

Susulan perbincang­an lanjut, Petronas memutuskan untuk menyediaka­n peruntukan RM1.3 juta bagi mendapatka­n perubatan asas untuk pusat perubatan di Sarawak.

 ?? ?? TERIMALAH: Norazibah (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Dr Sim (empat kiri) pada Majlis Penyerahan Keperluan Perubatan Asas dari Petronas dan SABATI di Klinik Kesihatan Sadong Jaya, semalam.
TERIMALAH: Norazibah (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Dr Sim (empat kiri) pada Majlis Penyerahan Keperluan Perubatan Asas dari Petronas dan SABATI di Klinik Kesihatan Sadong Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia