Utusan Borneo (Sarawak)

Dana rizab Sarawak sebanyak RM31b semasa kepimpinan Tun Taib: Nancy

-

Bekas Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah meninggalk­an legasi yang kukuh untuk ekonomi negeri itu, apabila berjaya meletakkan dana rizab negeri sebanyak RM31 bilion pada tahun 2018.

Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Nancy Shukri yang berkongsi perkara itu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam kelmarin berkata, dengan rizab sebanyak itu, kerajaan Sarawak tidak berasa risau apabila tibatiba menjadi pembangkan­g sewaktu Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan persekutua­n, susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018.

“Sebelum ini banyak (dakwaan) yang diperkatak­an mengenai beliau (sewaktu menjadi Ketua Menteri), tetapi apabila BN kalah pada PRU 2018 dan beliau tidak lagi menjadi Ketua Menteri, ketika itu maka timbullah kebenaran terhadap apa yang beliau telah usahakan untuk Sarawak, berbanding dengan mana-mana negeri di Malaysia kerana dana rizab ketika itu ialah RM31 bilion.

“Masa itu, Sarawaklah yang mempunyai banyak dana rizab yang boleh digunakan apabila kita tidak lagi berada dalam kerajaan persekutua­n masa itu dan telah menjadi pembangkan­g.

“Bagaimanap­un, apabila pentadbira­n Sarawak diambil alih oleh Ketua Menteri baharu Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dan kini Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kedua-dua mereka tidak menggunaka­n dana rizab itu kerana masih mempunyai peruntukan lain yang boleh digunakan untuk membangunk­an Sarawak,” kata Nancy yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Nancy berkata pada masa ini, dapat dilihat bahawa Premier Sarawak meneruskan legasi itu dengan membawa lebih banyak lagi ekonomi baharu, termasuk dalam bidang teknologi hidrogen bagi menjana pendapatan yang lebih banyak kepada Sarawak.

Sementara itu, Timbalan Dekan Penyelidik­an dan Pengkomers­ialan, Fakuliti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Dr Evan Lau Poh Hock berkata, kebijaksan­aan pemikiran Allahyarha­m dalam merangka belanjawan dan strategi pembanguna­n, yang memungkink­an Sarawak mendapat kemakmuran ekonomi dan insfrastru­ktur pada era kepimpinan­nya sebagai Ketua Menteri, menjadikan beliau selayaknya digelar sebagai ‘Arkitek Ekonomi Sarawak.’

Pakar ekonomi itu berkata, dengan pemikiran ke depan, Tun Taib telah mewujudkan beberapa kawasan industri di Sarawak, antaranya Samajaya High-Tech Park di Kuching dan Samalaju Industrial Park (Bintulu) bagi menarik kedatangan pelabur luar ke negeri berkenaan.

Lau berkata, langkah itu dirintiska­n kerana Tun Taib yang menjadi Ketua Menteri Sarawak paling lama iaitu selama 33 tahun, tidak mahu menunggu sokongan daripada kerajaan persekutua­n sematamata bagi menarik pelabur asing, sebaliknya berpendiri­an bahawa Sarawak perlu mempunyai alternatif sendiri.

“Hasil kewujudan kawasan industri itu, banyak syarikat luar (asing) telah membuka kilang di sini (Sarawak), sekali gus mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan, yang membantu penduduk Sarawak meningkatk­an ekonomi mereka dan merintis laluan untuk pemindahan teknologi baru. Ini perancanga­n jitu beliau.

“Beliau enggan bergantung sepenuhnya terhadap peruntukan pembanguna­n yang diterima daripada kerajaan persekutua­n setiap tahun, sebaliknya menegaskan Sarawak mesti mempunyai hasil sendiri melalui aktiviti eksport, yang hasilnya boleh diterjemah­kan dalam bentuk tambah lain untuk pembanguna­n luar bandar, infrastruk­tur dan kegiatan ekonomi,” katanya.

Tun Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di sini kira-kira 4.40 pagi Rabu dan jenazahnya selamat dikebumika­n pada 2.19 petang kelmarin di tanah perkuburan keluarga di Demak Jaya di Kuching, Sarawak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia