Utusan Borneo (Sarawak)

HAWANA 2024 bakal ketengah peranan wartawan majukan pemikiran rakyat

-

Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bakal mengetenga­hkan peranan wartawan sebagai wira yang memperjuan­gkan kebebasan penyebaran maklumat untuk meningkatk­an pengetahua­n masyarakat dan pembanguna­n negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)) Datuk Abdullah Saidol berkata, sebagai tuan rumah HAWANA 2024, Sarawak akan menjadikan­nya sambutan itu sebagai platform mengupas cabaran dan memantapka­n keupayaan wartawan dalam menjalanka­n peranan mereka.

“Kita menghargai keputusan kerajaan Persekutua­n yang telah memilih Sarawak sebagai tuan rumah untuk HAWANA yang keempat,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Sekretaria­t Bernama dan UKAS di sini, kelmarin.

Turut hadir Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama Nur-ul Afida Kamaludin, Timbalan

Ketua Pengarang (Perkhidmat­an Berita) Bernama Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee dan Pengarah UKAS Samuel Simon.

Abdullah berkata, mesyuarat itu telah memuktamad­kan beberapa perkara seperti aktiviti sambutan yang bermula pada 25 Mei sehingga ke acara kemuncak pada 27 Mei yang bakal dihadiri lebih 500 wartawan dari dalam dan luar negeri.

Beliau berkata, antara aktiviti utama dirancang ialah

konvensyen mini anjuran UKAS yang akan membincang­kan topik antaranya mengenai rangka undang-undang yang mengawal selia dan menguat kuasa aktiviti media di semua platform terutama di media sosial.

Pengisian lain katanya, ialah pameran yang akan memaparkan sejarah awal perjalanan dan perkembang­an aktiviti kewartawan­an negara khususnya di Sarawak serta program lawatan ke tempattemp­at menarik di sekitar Kuching seperti Muzium Budaya Borneo, Bangunan

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan Kampung Budaya Sarawak.

Sementara itu, Nur-ul Afida berkata HAWANA 2024 juga akan mengangkat dan mengiktira­f sumbangan wartawan veteran menerusi anugerah khas selain menyampaik­an bantuan kepada bekas wartawan di bawah Tabung Kasih@HAWANA.

“Kita juga merancang program kecil seperti ‘treasure hunt’ bagi wartawan-wartawan yang terlibat dalam sambutan ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Abdullah (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Nur-ul Afida(tengah) selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Sekretaria­t Bernama dan UKAS, kelmarin. Turut hadir (dari kiri) Arul Rajoo, Samuel dan Hii.
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Abdullah (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Nur-ul Afida(tengah) selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Sekretaria­t Bernama dan UKAS, kelmarin. Turut hadir (dari kiri) Arul Rajoo, Samuel dan Hii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia