Utusan Borneo (Sarawak)

Gangguan bekalan air susulan Saluran Paip Utama Air Terawat rosak dilanggar lori treler

-

Saluran Paip Utama Air Terawat mengalami kerosakan susulan kemalangan sebuah lori treler pada awal pagi kelmarin berdekatan simpang jalan Kampung Pisag dan Jalan Pesisir Bintulu-Miri.

LAKU Management Sdn Bhd dalam kenyataann­ya berkata, berikutan kejadian itu pengguna di Pusat Operasi Sabah-Sarawak Gas Pipeline (SSGP) Bintulu, Pusat Pengambila­n Air Mentah Sungai Similajau dan Loji Rawatan Air Samalaju akan mengalami gangguan bekalan air sementara waktu.

Katanya, saluran paip ini adalah penting untuk membekal air terawat ke Kawasan Perindustr­ian Kidurong (KINDA 2), Pusat Operasi SSGP Bintulu, Pusat Pengambila­n Air Mentah Sungai Similajau dan membekalka­n bekalan sokongan kepada Loji Rawatan Air Samalaju.

“Bagaimanap­un, kami ingin memberi jaminan kepada pengguna di kawasan KINDA 2 bahawa bekalan air mereka tidak akan terjejas. Pasukan kami telah segera menutup ‘injap isolasi’ selepas lokasi sambungan saluran paip bagi kawasan KINDA 2,” tambah

kenyataan tersebut di sini, semalam.

Beliau berkata, Jabatan Penyelengg­araan LAKU akan bergerak segera dengan memberi keutamaan dan memulakan kerja pembaikan untuk mengurangk­an tempoh gangguan air.

Jelasnya, LAKU menjangkak­an bahawa kerja-kerja pembaikan akan selesai lewat petang semalam dan bekalan air akan kembali pulih selepas itu.

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan mengenai isu ini, LAKU menggalakk­an orang ramai untuk menghubung­i LAKU di saluran Hotline 24 Jam 086318160/010-2663269, laman web www.lakumanage­ment. com.my atau e-mel cs_btu@ lakumanage­ment.com.my.

“Kami memohon maaf atas atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh gangguan bekalan air ini. Kami komited untuk terus memberi maklumat terkini dan memastikan akses anda kepada air yang bersih dan selamat,” tambahnya.

Katanya, sila hubungi LAKU untuk sebarang pertanyaan lanjut atau bantuan.

 ?? ?? ROSAK: Kemalangan lori treler yang mengakibat­kan kerosakan Saluran Paip Utama Air Terawat tersebut.
ROSAK: Kemalangan lori treler yang mengakibat­kan kerosakan Saluran Paip Utama Air Terawat tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia