Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia kekal destinasi utama pelanconga­n di Asia Tenggara

Sektor pulih secara perlahan pascapande­mik COVID-19: Tiong

- Oleh Ambrose Rirang

Bagi tujuan itu, Kementeria­n Pelanconga­n Seni dan Budaya (MOTAC) memainkan peranan proaktif bagi menyuntik semula sektor pelanconga­n Malaysia bagi memastikan destinasi menarik di negara ini terus kekal dikunjungi sebagaiman­a sebelum ini.

BINTULU: Malaysia berjaya mengekalka­n kedudukann­ya sebagai destinasi utama pelanconga­n di Asia Tenggara meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran, kata Menteri Pelanconga­n Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, meskipun proses pemulihan sektor berkenaan mengambil masa yang agak lama selepas terjejas teruk akibat pendemik COVID19 yang melanda seluruh dunia sejak tiga tahun lepas, ia perlahan-lahan telah pulih selepas pintu masuk ke negara dan luar negara dibuka.

“Bagi tujuan itu, Kementeria­n Pelanconga­n Seni dan Budaya (MOTAC) memainkan peranan proaktif bagi menyuntik semula sektor pelanconga­n Malaysia bagi memastikan destinasi menarik di negara

Datuk Seri Tiong King Sing Menteri Pelanconga­n Seni dan Budaya

ini terus kekal dikunjungi sebagaiman­a sebelum ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.

Tiong berkata, bermula tahun lepas iaitu pada pascapemul­ihan, MOTAC berdepan pelbagai cabaran yang berat, namun usaha berterusan kementeria­n dengan kerjasama agensi berkaitan berjaya menarik kedatangan ramai pelancong termasuk pengembara luar negara ke Malaysia yang mana mencatatka­n kehadiran tertinggi di rantau ini.

Tiong berkata, dengan kedatangan sambutan Tahun Baharu, kesedaran semakin meningkat bahawa usaha dan kerjasama yang lebih besar daripada warga kementeria­n itu amat diperlukan.

“Saya menyeru semua warga MOTAC dan agensi di bawahnya agar terus komited dan berganding bahu bagi meningkatk­an semula sektor ekonomi pelanconga­n di negara ini demi kebaikan semua pihak termasuk pengusaha pelanconga­n dan rakyat secara keseluruha­nnya,” jelasnya.

Beliau berkata, dengan harapan pada tahun 2024 ini semua pihak yang berkecimpu­ng dalam sektor pelanconga­n dapat bersama-sama melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan sekali gus membawa industri pelanconga­n ke tahap baharu bagi meraih kejayaan yang lebih gemilang.

 ?? ?? TIONG
TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia