Utusan Borneo (Sarawak)

Chiew mahu perjuang lebih banyak sumber bantu OKU

Beliau akan berusaha galak program, dasar lebih berkesan termasuk tingkat peluang kerja dan perkhidmat­an kesihatan

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berharap dapat memperjuan­gkan lebih banyak sumber dan sokongan untuk orang kelainan upaya (OKU) memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama dalam masyarakat.

Chiew memberitah­u, beliau akan berusaha untuk menggalakk­an programpro­gram dan dasar-dasar yang lebih berkesan, termasuk meningkatk­an peluang pekerjaan mereka, menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan yang lebih baik, dan meningkatk­an kemudahan akses tanpa halangan.

Antaranya, program Skim Sokongan Pekerjaan di bawah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) iaitu majikan akan menerima insentif

Ahli Parlimen Miri

sebanyak RM1,500 selama enam bulan tertakluk kepada terma dan syarat sekiranya mengambil golongan OKU sebagai pekerja selama setahun.

“Saya menyeru kepada para majikan dan peniaga untuk terus menyertai program ini melalui PERKESO,” jelas Chiew dalam kenyataann­ya semalam.

Chiew menambah, beliau merancang akan menganjurk­an program ‘Back to School’ dan Jualan Rahmah Bergerak bersama-sama dengan Pertubuhan Orang Cacat Sarawak Cawangan Miri dalam usaha membantu ahli dan keluarga mereka.

Menurut Chiew, lawatan menemui ahli-ahli pertubuhan itu sangat bermakna kerana dijadikan peluang untuk beliau memahami keperluan dan cabaran serta berhubung rapat dengan mereka.

Turut dibincangk­an adalah cara membantu ahli dan OKU di sini mendapat pendapatan harian atau bulanan.

“Untuk golongan OKU yang ingin memulakan perniagaan kecil, kita akan menganjurk­an program kursus kemahiran untuk para anggota dan membimbing mereka mendapatka­n geran-geran kerajaan,” jelasnya.

Sumbangan angpau juga telah disampaika­n sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Beliau yakin, penduduk Miri akan dapat memberikan sokongan dan keprihatin­an yang lebih baik dengan mengambil masa mendengar

Untuk golongan OKU yang ingin memulakan perniagaan kecil, kita akan menganjurk­an program kursus kemahiran untuk para anggota dan membimbing mereka mendapatka­n geran-geran kerajaan.

Chiew Choon Man

dan memahami keperluan golongan itu.

“Saya akan terus berhubung

rapat dengan pertubuhan ini dan bersamasam­a memperjuan­gkan ke

arah yang lebih baik buat kehidupan golongan yang mudah terjejas,” jelasnya.

 ?? ?? SANTUNI: Chiew (duduk tengah) bergambar bersama ahli semasa lawatan di premis Pertubuhan Orang Cacat Sarawak Cawangan Miri.
SANTUNI: Chiew (duduk tengah) bergambar bersama ahli semasa lawatan di premis Pertubuhan Orang Cacat Sarawak Cawangan Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia