Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak kehilangan figura ‘ayah yang besar,’ kata Hii

-

Setiausaha Publisiti dan Maklumat Pemuda Pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Kelvin Hii turut menyuaraka­n kesedihann­ya terhadap pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Allahyarha­m Tun Pehin Sri Taib Mahmud.

Hii menzahirka­n rasa terima kasih kepada bekas Ketua Menteri Sarawak itu atas sumbangan beliau memimpin negeri ini.

“Dengan pemergiann­ya, Sarawak telah kehilangan figura ayah yang besar. Tun Taib adalah seorang pemimpin yang mencintai Sarawak dan telah membuat banyak sumbangan kepada negeri,” jelas beliau dalam kenyataann­ya kelmarin.

Hii berkata, tanpa usaha Tun Taib, Sarawak mungkin telah kehilangan lebih banyak lagi.

Menurutnya, Tun Taib telah mempertaha­nkan autonomi imigresen Sarawak bertujuan melindungi rakyat, memelihara hak mereka, dan mencegah

unsur ekstremis daripada masuk ke negeri ini.

Hal ini juga disebabkan oleh Tun Taib dan kerajaan pada masa itu yang menjaga autonomi politik dan mengekalka­n harmoni dalam kalangan pelbagai komuniti etnik dan agama di Sarawak.

Selain itu, beliau menguruska­n Sarawak dengan bijak dan apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri, beliau memilih pengganti yang tepat untuk mentadbir Sarawak.

“Memandangk­an Sarawak sedang menuju ke arah kemakmuran dan kestabilan hari ini, Tun Taib memang merupakan penyumbang penting dan contoh teladan untuk generasi muda belajar daripadany­a,” jelasnya.

Kemakmuran dan pembanguna­n Sarawak yang berterusan katanya, memerlukan bukan sahaja pemimpin yang bijak untuk memimpin jalan tetapi juga perpaduan rakyat.

Hii berkata, politik yang stabil adalah aspek penting dalam pembanguna­n tempatan.

Justeru beliau berharap agar semua rakyat negeri ini akan terus mempertaha­nkan semangat Tun Taib dan bekas Ketua Menteri, Allahyarha­m Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem untuk bersama mencintai dan melindungi Sarawak dan bekerjasam­a untuk membentuk Sarawak yang sejahtera.

 ?? ?? HII
HII

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia