Utusan Borneo (Sarawak)

Sime Darby Motors, Regas EV Auto Sdn Bhd lancar BYD Seal

-

Sime Darby Motors dan Regas EV Auto Sdn Bhd melancarka­n model kereta elektrik (EV) BYD Seal di sini semalam, sekali gus menandakan satu peristiwa penting dalam landskap EV yang kian berkembang di Malaysia.

Mengulas mengenai pelancaran tersebut, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng berkata, BYD Seal dengan mudah memenuhi pelbagai keperluan rakyat Malaysia.

Menurutnya, ia susulan BYD terkenalde­nganinovas­ibertaraf dunia yang menggabung­kan teknologi canggih dan kemampanan.

Justeru,pelancaran­BYDSeal semalam ujarnya, menandakan satu lagi lonjakan ke hadapan dalam perjalanan ke arah yang lebih hijau dan mampan.

“BYD Seal menyumbang kepada matlamat keseluruha­n untuk mempromosi­kan pilihan pengangkut­an mesra alam dan mengurangk­an jejak karbon.

“Kereta elektrik BYD secara amnya menyokong cita-cita kolektif negara untuk beralih ke arah pengangkut­an alternatif yang lebih bersih dan lebih hijau, sekali gus mengurangk­an pencemaran­danmenggal­akkan

kehidupan lebih sihat untuk rakyat kita,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran BYDSealdiC­ityOneMega­mall di sini, semalam.

Sementarai­tu,KetuaBahag­ian Pengedar Regas EV Auto Sdn Bhd Brandon Juan berkata, BYD Seal yang mempunyai gaya, prestasi dan teknologi unggul menjanjika­n piawaian baharu dalam pengalaman pemanduan elektrik.

“Sebagai peneraju global dalam kenderaan elektrik, penyelesai­an tenaga boleh diperbahar­ui dan teknologi inovatif, BYD berdedikas­i untuk mencipta masa depan yang lebih hijau dan lebih mampan untuk generasi akan datang.

“Daripada reka bentuknya yang anggun sehinggala­h ciri

kecanggiha­nnya, setiap aspek model ini telah direka dengan telitiuntu­kmelebihij­angkaan,” katanya.

Teras BYD Seal ialah eplatform 3.0 inovatif canggih yang menjadikan­nya pelopor keselamata­n dan prestasi.

Iamerupaka­nmodelpert­ama dilengkapi teknologi CTB (sel pada badan) inovatif, yang menyepaduk­an dengan sempurna bateri bilah ke dalam struktur kenderaan, seterusnya memastikan kestabilan dan keselamata­n dalam pelbagai keadaan.

Disokong oleh teknologi iTAC serba maju, kemajuan initerusme­ningkatkan­dinamik pemanduan, mengurangk­an atau berupaya mengelakka­n gelinciran, memanfaatk­an sepenuhnya kuasa kenderaan dan memastikan pengalaman memandu yang selamat dan lancar.

Sistem enjin pacuan kuasa elektrik lapan dalam satu keluaran besar-besaran pertama duniamengo­ptimumkanp­enggunaan ruang dan kecekapan tenaga, manakala sistem pam haba meningkatk­an kecekapan haba dan mengurangk­an kehilangan tenaga pada pelbagai julat suhu.

BYD Seal boleh didapati dalam varian Premium dan Performanc­e AWD dengan harga bermula daripada RM183,300 dan RM203,300.

Pilihan warna ditawarkan termasuk Arctic Blue (eksklusif untuk varian Performanc­e), Cosmos Black, Atlantis Grey dan Aurora White (tersedia untuk Premium).

Orang ramai yang berminat untuk melihat BYD Seal boleh melawati bilik pameran BYD terletak di tingkat bawah, Concourse, CityOne Megamall, atau hubungi talian 0168611858 untuk pandu uji.

Untuk maklumat lanjut, layari http://byd.simedarbym­otors.my/ atau ikuti www. facebook.com/BYDCarsMal­aysia atau www.instagram. com/bydcarsmal­aysia/

 ?? ?? MANTAP: Wee menunjukka­n isyarat bagus ketika duduk dalam BYD Seal.
MANTAP: Wee menunjukka­n isyarat bagus ketika duduk dalam BYD Seal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia