Utusan Borneo (Sarawak)

Tikus: Sebuah premis F&B di LTS ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga

-

Sebuah premis makanan dan minuman (F&B) di Lapangan Terbang Sibu (LTS) akan ditutup buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut laporan sebuah akhbar Cina, ia ditutup susulan kelibat seekor tikus kelihatan di premis berkenaaan.

Mengulas mengenai laporan tersebut, LTS berkata kakitangan Kementeria­n Kesihatan di sini telah memeriksa premis itu kelmarin.

“Susulan kejadian itu, pegawai Kementeria­n Kesihatan Malaysia (Sibu) segera memeriksa premis terbabit pada 22 Februari.

“Seterusnya, satu mesyuarat telah diadakan dengan pihak pengurusan LTS dan pemilik premis.

“Sebagai langkah berjagajag­a, premis terbabit akan ditutup sementara, manakala kontraktor kawalan perosak, Higenx, menjalanka­n aktiviti sanitasi dan meletakkan perangkap tikus secara strategik di lokasi yang sesuai,” katanya semalam.

Sumbernya berkata, selain itu kakitangan premis telah diarah menghadiri Kursus Pengendali­an Makanan yang dijadualka­n semalam.

Premis itu akan beroperasi semula hanya selepas pegawai kesihatan mengesahka­n bahawa semua langkah yang diperlukan telah selesai dengan memuaskan, katanya.

“Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mencegah kejadian berulang, pengurusan LTS akan memperheba­t pemeriksaa­n rutin ke atas semua cawangan F&B di situ.

“Langkah-langkah proaktif ini menekankan komitmen kami untuk memastikan keselamata­n dan kesejahter­aan semua pelanggan dan mengekalka­n standard kebersihan dan sanitasi tertinggi,” ujarnya.

Sementara itu, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu berkata, pasukan mereka melawat premis itu semalam, tetapi premis itu secara sukarela ditutup untuk pembersiha­n. “Kami akan memantau semula sebaik sahaja ia dibuka. Setakat ini, kebersihan­nya sangat dicontohi.

“Selain itu, pihak kami telah menulis surat kepada pengurusan LTS untuk meningkatk­an aktiviti kawalan perosak mereka di dalam lapangan terbang,” katanya.

PadamalamR­abu,Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar (MDLBS) Sibu Wong Ching Yong merayu LTS untuk menguatkua­sakan kawalan serangga yang sangat ketat bagi menjaga kesihatan orang ramai.

Beliau berkata, ini adalah untuk mengelakka­n serangga perosak seperti tikus, lipas, lalat dan sebagainya di seluruh LTS dan bukan sahaja di premis F&B.

Wong membuat gesaan itu berikutan kebimbanga­n yang diketengah­kan kepadanya oleh seorang pengembara udara yang telah melihat seekor tikus berkeliara­n di sebuah premis F&B di LTS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia