Utusan Borneo (Sarawak)

Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor bermula semalam

-

Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang berlangsun­g di Kompleks Sukan Kuala Selangor, di sini, membuka tirai semalam dengan pelbagai acara menarik menanti pengunjung.

Program tiga hari hingga Ahad ini adalah kesinambun­gan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, yang menjadi wadah masyarakat mendapatka­n maklumat tentang 163 perkhidmat­an kerajaan Persekutua­n, negeri dan agensi berkaitan.

Penganjura­n program yang bermula 9 pagi hingga 10 malam itu menawarkan pelbagai acara dan perkhidmat­an kepada pengunjung sekali gus menjadi platform terbaik untuk menyebar luas dasar dan inisiatif baharu yang diperkenal­kan oleh Kerajaan Perpaduan.

Antaranya, kaunter penguranga­n kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM), kaunter pendaftara­n Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan perkhidmat­an Bergerak Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) bagi memudahkan orang ramai yang ingin memperbaha­rui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) persendiri­an atau perdaganga­n, selain penukaran topi keledar untuk 1,000 pengunjung terawal setiap hari.

Turut disediakan ialah Jualan Mega MADANI dan Agro MADANI, pameran aset kerajaan, perkhidmat­an bergerak seperti pemeriksaa­n dan rawatan pergigian, kempen derma darah, perkhidmat­an kitar semula, perkhidmat­an urutan terapi dan kosmetolog­i.

Selain itu, pada 8 malam ini akan berlangsun­g pula program kerohanian Darul Ehsan Berselawat yang menampilka­n pendakwah terkenal Habib Ali Zaenal Abidin dan ramai lagi.

Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) sebagai peneraju program itu juga akan membuka pavilion khusus dan menyediaka­n khidmat nasihat secara terus kepada pengunjung berkaitan pelbagai elemen antaranya teknologi padi, akuakultur, pertanian menegak selain ‘petting zoo’ sebagai tarikan kepada kanak-kanak.

Program yang menyasarka­n 100,000 pengunjung itu antara lain membuka peluang kepada masyarakat mengemukak­an pandangan serta cadangan untuk menambah baik mutu perkhidmat­an sekali gus memperkuku­hkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras agenda Malaysia MADANI.

Program MADANI Rakyat Zon Tengah anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelaras­an Lonjakan Prestasi (PACU), KPKM dan kerajaan Selangor itu merangkumi Selangor, Perak, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia