Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah tegas kerajaan cegah rasuah isyarat penting pupuk persekitar­an perniagaan telus: Sultan Nazrin

-

IPOH: Langkah-langkah tegas pencegahan rasuah memberi isyarat penting kesungguha­n kerajaan mahu memupuk persekitar­an perniagaan yang telus lagi adil, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah negara menghadapi cabaran besar untuk memacu pertumbuha­n ekonomi justeru tatakelola yang baik sangat diperlukan bagi membina keyakinan pelabur.

“Negara tidak terkecuali mendepani cabaran landskap ekonomi global yang lebih rumit dipengaruh­i dinamik geopolitik, hubungan perdaganga­n dan pakatan ekonomi kuasa-kuasa besar.

“Malaysia tidak terlepas daripada kesan negatif akibat peperangan Ukraine-Rusia serta konflik berpanjang­an Palestin-Israel yang menjadi bertambah berat dengan peperangan yang sedang berlaku di Gaza,” titah Sultan Nazrin pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 Perak Darul Ridzuan di sini semalam.

Titah baginda usaha kerajaan memberi tumpuan kepada sektor-sektor pertumbuha­n baharu merupakan inisiatif strategik yang mampu meletakkan ekonomi negara lebih berdaya saing di peringkat global dan amat penting untuk Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang stabil, aman dan harmoni.

Baginda menegaskan negara yang stabil, aman dan harmoni akan berupaya membangunk­an negara yang makmur sekali gus melimpahka­n kemakmuran negara untuk manfaat rakyat jelata.

“Negara yang stabil, aman dan harmoni akan dapat membangunk­an warga yang kuat untuk membina negara yang kuat.

“Negara yang kuat ialah negara yang warganya memiliki kematangan untuk menerima kelainan dan perbezaan, warga yang memiliki kedewasaan untuk menerima hakikat bahawa setiap warga memiliki kelemahan di samping kekuatan, tetapi warganya berminda pintar, memilih untuk menggabung­kan kekuatan dan tidak membesar-besarkan kelemahan,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah warga yang memiliki semangat patriotik terhadap negara dan bangsanya akan memilih untuk bersatu daripada berpecah.

Menyentuh mengenai pentadbira­n negeri, baginda bertitah Majlis Sukan Negeri mengambil langkah strategik memberi fokus mengupayak­an dan memperkasa­kan sukan berprestas­i tinggi.

Titah baginda antaranya program pembanguna­n atlet dan jurulatih, mewujudkan prasarana sains sukan dan peralatan berteknolo­gi tinggi serta memperkuku­h persatuan dan pengurusan kejohanan di pelbagai peringkat.

“Kerajaan cakna akan keperluan penyediaan kemudahan sukan yang kondusif dan selamat.

“Dengan kerjasama, bantuan dan peruntukan Kementeria­n Belia dan Sukan, beberapa projek pembinaan dan menaik taraf kemudahan sukan telah dilaksanak­an di negeri Perak, antaranya pembinaan Kompleks Sukan Bagan Datuk, projek naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak dan projek naik taraf Kompleks Rakan Muda Kampar,” titah Sultan Nazrin.

Baginda turut berkongsi kejayaan dicapai negeri antaranya bandar raya Ipoh kini berada dalam peta muzik dunia setelah berjaya menerima pengiktira­fan Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO dan Majlis Perbandara­n Taiping yang diiktiraf sebagai Destinasi Alam Mesra Muslim Terbaik sempena Anugerah Pelanconga­n Islam Dunia 2023.

“Majlis Daerah Selama mencipta kejayaan menerima tiga anugerah inovasi di peringkat negeri dan kebangsaan melalui usaha menggerakk­an kegiatan ekopelanco­ngan berasaskan komuniti yang melibatkan 49 pengusaha tempatan sebagai rakan strategik pelanconga­n; pendekatan yang telah meningkatk­an dua puluh enam peratus kedatangan pelancong ke Selama dalam tahun 2023,” titah baginda. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia