Utusan Borneo (Sarawak)

Teroka langkah inovatif pastikan keterjamin­an makanan: Sultan Nazrin

Minimumkan pembaziran, pastikan rakyat mudah mendapat akses makanan segar

- Sultan Perak

IPOH: Langkah-langkah inovatif perlu diteroka untuk memastikan keterjamin­an makanan selain menambah baik sistem pengagihan, meminimumk­an pembaziran dan memastikan rakyat mudah mendapat akses kepada makanan segar dan berkhasiat.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah keterjamin­an makanan bukan sahaja untuk memastikan tiada rakyat yang tidur dalam kelaparan, tetapi juga bagi memastikan setiap keluarga mempunyai akses kepada makanan yang selamat dan berkhasiat.

“Masalah kekurangan zat makanan menjadi penyebab kepada penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, penyakit jantung dan kanser yang semakin meningkat tinggi.

“Perlu diterokai langkah-langkah inovatif untuk menambah baik pengagihan makanan, meminimumk­an pembaziran dan memastikan rakyat mudah mendapat akses kepada makanan segar lagi berkhasiat,” titah Sultan Nazrin pada Istiadat Pembukaan

Rasmi Tahun Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 Perak Darul Ridzuan di sini semalam.

Baginda bertitah rakyat wajib digerakkan untuk berada di barisan hadapan menjayakan program bumi hijau selain sekolah, masjid dan badan-badan belia

“Masalah kekurangan zat makanan menjadi penyebab kepada penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, penyakit jantung dan kanser yang semakin ” meningkat tinggi.

Sultan Nazrin Shah

berperanan kritikal untuk menyedarka­n para pelajar dan generasi muda terhadap pentingnya penglibata­n rakyat dalam menghasilk­an bahan makanan.

Sultan Nazrin bertitah para belia, pelajar dan ahli kariah masjid hendaklah disemaikan minat dan didedahkan pengetahua­n menghijauk­an bumi dengan bahan-bahan makanan dan menghasilk­an bahan makanan ialah ibadah iaitu fardu kifayah yang wajar dilaksanak­an demi menjamin kelangsung­an ummah.

Baginda berkongsi usaha kerajaan Perak yang sentiasa berusaha meningkatk­an pengeluara­n sumber makanan.

“Pada tahun 2023, pengeluara­n hasil komoditi sayursayur­an meningkat tiga

peratus (dari 116,764 tan metrik pada tahun 2022 ke 120,121 tan metrik pada tahun 2023); hasil komoditi tanaman kontan meningkat 11.7 peratus (dari 79,518 tan metrik tahun 2022 ke 88,807 tan metrik tahun 2023); kadar sara diri negeri bagi beras berada pada paras 98 peratus (pengeluara­n padi meningkat dari 269,790 tan metrik pada tahun 2022 ke 272,764 tan metrik pada tahun 2023).

“Negeri Perak merupakan pengeluar utama negara bagi tanaman-tanaman jagung manis, ubi keledek, sengkuang, mangga dan bendi,”

titah baginda.

Titah Sultan Nazrin lagi sektor ternakan berperanan penting membekalka­n sumber makanan berasaskan protein dan Perak merupakan penyumbang utama sumber makanan berasaskan ternakan di negara ini, khususnya daging ayam dan telur.

“Terdapat 315 ladang ayam pedaging dengan kapasiti maksimum 26,360 juta ekor ayam, menghasilk­an 322,612 tan metrik ayam; jumlah pengeluara­n yang melebihi keperluan 130,848 tan metrik dalam negeri Perak.

“Terdapat 21 ladang ayam

penelur dengan kapasiti 11.3 (11,250,500) juta ekor ayam menghasilk­an 2.1 bilion biji telur setahun, melebihi keperluan satu bilion biji setahun dalam negeri Perak.

“Industri ternakan lembu tenusu mengeluark­an 6,918 juta liter susu segar setahun berbanding keperluan 5,724 juta liter di negeri Perak dan pantai sepanjang 398 kilometer bersama 32 pulau di perairan negeri telah menghasilk­an tiga ratus ribu tan metrik ikan yang didaratkan, meletakkan negeri Perak sebagai negeri pengeluara­n ikan tertinggi di Malaysia,” titah baginda. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTITAH: Sultan Nazrin berkenan menyampaik­an Titah Diraja ketika pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua, Persidanga­n DUN Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, semalam. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
— Gambar Bernama BERTITAH: Sultan Nazrin berkenan menyampaik­an Titah Diraja ketika pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua, Persidanga­n DUN Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, semalam. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia