Utusan Borneo (Sarawak)

Jln Pasi ke Tg Manis, Jambatan Batang Rajang siap 86 peratus

Projek mendahului dua peratus daripada jadual asal pembinaann­ya

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Projek pembinaan Jalan Pasi ke Tanjung Manis dan Jambatan Batang Rajang kini telah mencapai 86 peratus siap.

Timbalan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, projek tersebut mendahului dua peratus daripada jadual asal pembinaann­ya.

“Projek ini menelan peruntukan berjumlah RM321 juta dengan merangkumi pembinaan Jalan Pasi ke Tanjung Manis sepanjang 17 kilometer (km) termasuk Jambatan Batang Rajang sepanjang 1.4km.

“Berdasarka­n jadual pembinaann­ya, kedua-dua projek ini dijangka siap sepenuhnya pada Mei tahun depan,” katanya kepada media ketika ditemui pada lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Jambatan Batang Rajang pada Selasa.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh, Residen Sarikei Michael Ronnie Langgong dan Timbalan Residen Sarikei Badjuri Bidin.

Menurut Aidel, projek itu sebahagian pakej jalan pesisir yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan Sarawak.

Katanya, pakej jalan pesisir merupakan usaha kerajaan Sarawak dalam memantapka­n jaringan infrastruk­tur

yang bermula dari Sematan hingga ke Miri yang turut merangkumi pembinaan jambatan.

“Usaha ini amat penting dalam langkah kerajaan Sarawak untuk membangunk­an kawasan luar bandar terutamany­a lokasi strategik di pesisir pantai.

“Kita berharap jaringan perhubunga­n ini sistematik dan selesa ini, pembanguan berterusan bakal terus dinikmati oleh rakyat di negeri ini dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Projek ini menelan peruntukan berjumlah RM321 juta dengan merangkumi pembinaan Jalan Pasi ke Tanjung Manis sepanjang 17 kilometer (km) termasuk Jambatan Batang Rajang sepanjang 1.4km.

Datuk Ir Aidel Lariwoo Timbalan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan

 ?? ?? TURUN PADANG: Aidel dan Len bersama yang lain mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Jambatan Batang Rajang, Sarikei pada Selasa.
TURUN PADANG: Aidel dan Len bersama yang lain mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Jambatan Batang Rajang, Sarikei pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia