Utusan Borneo (Sarawak)

Konsert Trio terhebat Indonesia temui peminat Mei depan

-

dengan penyakit kanser otot dan kulit sejak tiga tahun lalu, tidak menghalang bekas vokalis kumpulan popular Indonesia Samsons, Bambang Reguna atau lebih dikenali Bams untuk menjayakan impiannya beraksi di pentas Malaysia.

Impian yang sudah lama tertanam sejak memilih bergerak solo 12 tahun lalu, bakal menjadi kenyataan apabila terlibat dalam konsert Trio Terhebat Vol.1 bersama rakannya dalam industri muzik iaitu Marcell Siahaan dan bekas vokalis kumpulan terkenal Dewa 17, Once Mekel.

Baginya, peluang mengadakan persembaha­n di pentas negara ini merupakan satu momen sangat berharga kerana dapat mendendang­kan peminat dengan lagu yang pernah menjadi hits suatu ketika dahulu iaitu ‘Naluri Lelaki’, ‘Kenangan Terindah’, ‘Akhir Rasa Ini’ dan ‘Kisah Tak Sempurna’.

“Kanser itu masih ada cuma tidak menjejaska­n kerjaya seni kerana ia tersebar hanya tiga peratus sahaja. Kesihatan pun sudah optimum, cuma makanan masih jaga kerana kanser menyerang saya kerana terlalu bekerja keras,” katanya pada sidang media Trio Terhebat Vol.1 di Kuala Lumpur, semalam.

Walaupun sudah tidak lagi mendapatka­n rawatan, namun dia masih perlu banyak berehat bagi memastikan kanser tersebut pulih sepenuhnya.

Bams yang kini berusia 41 tahun turut berkongsi khabar bahawa beliau akan menghasilk­an album solo kedua khusus untuk peminatnya di Indonesia dan Malaysia pada tahun hadapan.

“Saya makin rancak ingin hasilkan karya seni cumanya tahun ini negara saya (Indonesia) ada pilihan raya, jadi saya fikir kurang bijak untuk melakukan apa-apa dari segi hiburan kerana seluruh negara fokus kepada politik,” katanya.

Mengulas tentang konsert itu, Bams berkata dia berjanji untuk memberikan persembaha­n terbaik meskipun harus berkongsi pentas dengan Once yang dikatakan mempunyai suara lebih tinggi daripada beliau.

“Saya tidak perlu pandai dalam semua perkara kerana setiap artis mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri,” katanya.

Sementara itu, Marcell Siahaan, 47, yang bakal membuat persembaha­n di konsert yang bakal menggabung­kan tiga pria tampan dari negara jiran itu berkata beliau tidak meletakkan sebarang sasaran umur untuknya berhenti dari dunia nyanyian.

“Buat saya, menyanyi itu tidak ada noktahnya. Ia berbeda, jika saya jadi ahli politik rasmi. Tetapi saya menyanyi,

jadi hingga hayat dikandung badan begitulah saya pergi,” katanya.

Mengenai konsert Trio Terhebat Vol.1 yang bakal berlangsun­g di Kuala Lumpur Convention Centre pada 4 Mei depan, penonton akan disajikan dengan 30 lagu termasuk lagu popular Marcell antaranya ‘Semusim’, ‘Firasat’, ‘Takkan Terganti’, ‘Mendendam’, ‘Peri Cintaku’ dan ‘Jangan Pernah

Berubah’.

Once Mekel pula akan menuangkan emosi melalui lagu-lagu seperti ‘Dealova’, ‘Hilang Naluri’, ‘Kucinta Kau Apa Adanya’ dan ‘Ditentukan Untuk Bersama’ sementara Bams akan melagukan kembali ‘Naluri Lelaki’, ‘Kenangan Terindah’, ‘Akhir Rasa Ini’ dan ‘Kisah Tak Sempurna’.

Terdapaten­ampilihant­iket, Hanya Memuji (RM268),

Semusim (RM308), Hilang Naluri (RM358), Akhir Rasa Ini (RM458), Dealova (RM558) dan Kenangan Terindah (RM1,388).

Tiket boleh dibeli dengan melayari www.ticket2u.com, dan pemegang kad kredit Maybank akan diberi diskaun sebanyak 12 peratus manakala, pemegang kad debit Maybank pula menerima potongan harga 10 peratus. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AKAN BERLANGSUN­G: Penyanyi dan pencipta lagu Indonesia, Bambang Reguna Bukit atau dikenali sebagai Bams ketika sidang media Konsert Trio Terhebat (Vol. 1) yang akan berlangsun­g pada 4 Mei 2024 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama AKAN BERLANGSUN­G: Penyanyi dan pencipta lagu Indonesia, Bambang Reguna Bukit atau dikenali sebagai Bams ketika sidang media Konsert Trio Terhebat (Vol. 1) yang akan berlangsun­g pada 4 Mei 2024 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
 ?? ?? MARCELLIUS
MARCELLIUS
 ?? BAMS ??
BAMS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia