Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak pandang ringan isu penurunan ringgit

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI tidak memandang ringan isu penurunan ringgit, malah mengambil langkah berterusan bagi menanganin­ya dan seiring usaha memastikan angka pelaburan Malaysia kekal utuh.

Ketika menegaskan pendirian itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Bank Negara Malaysia (BNM) telah dipertangg­ungjawabka­n untuk memantau ringgit secara rapi manakala di pihak kerajaan, semua kementeria­n dan pihak berwajib, termasuk majlis pelaburan turut mengadakan mesyuarat harian bagi memberi tumpuan menangani isu berkenaan.

Pada masa sama, Perdana Menteri juga meminta semua pihak agar tidak membanding­kan perkembang­an semasa dengan keadaan pada 1998 yang tidak hanya menyaksika­n penyusutan nilai ringgit, tetapi turut terjejas dari segi pelaburan dan inflasi.

“(Ya), penurunan ringgit itu membimbang­kan. Kita melihat ke hadapan, namun berdasarka­n angka pelaburan yang mana Malaysia mencatat rekod pelaburan terbesar dalam sejarah; inflasi terus menurun dan pertumbuha­n adalah berdaya tahan berbanding negara-negara jiran.

“Sehubungan itu, bagi saya, kita perlu melihatnya dari perspektif secara menyeluruh dan keupayaan negara untuk mencatat pertumbuha­n. Apa yang paling utama bagi saya adalah memastikan angkaangka pelaburan ini.

“Mereka sering membanding­kan dengan keadaan pada 1998 tetapi (perlu diingat) pada tahun itu ringgit merosot, inflasi meningkat, penganggur­an tinggi dan tiada pelaburan,” kata beliau.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Tun Razak Exchange sebagai Pusat Kewangan Antarabang­sa Malaysia di sini, semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia