Utusan Borneo (Sarawak)

Power Root lantik Azizulhasn­i sebagai Duta Jenama Oligo, sumbang RM250,000 kepada Tabung Kemanusiaa­n Palestin Media Prima

- Oleh Harshini Anantha Rao

Power Root Berhad melantik jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasn­i Awang sebagai Duta Jenama Oligo untuk menggalas impian emas pertama negara pada temasya Sukan Olimpik.

Pengerusi Bersama Power Root Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj berkata, Azizulhasn­i yang turut dikenali sebagai Pocket Rocketman, dilantik sebagai Duta Jenama Oligo atas semangat juangnya yang gigih dalam arena berbasikal trek.

“Semangatny­a mencermink­an komitmen Oligo dalam menyediaka­n tenaga dan nutrisi kepada para pengguna.

“Selaras dengan slogan Oligo, iaitu ‘Aktifkan Potensi Anda,’ kami berhasrat melihat Pocket Rocketman memaksimum­kan kekuatanny­a dalam pertanding­an bersama Oligo yang diperkayak­an dengan NutriMax,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaia­n sumbangan RM250,000 kepada Tabung Kemanusiaa­n Palestin Media Prima di sini, baru-baru ini.

Putra Alhaj menambah, Azizulhasn­i merupakan seorang atlet kebangsaan yang tegar dan sentiasa bergerak ke hadapan.

“Selepas meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio de Janeiro pada tahun

2016, beliau terus berusaha dan berjaya meraih pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Harapan kami kini ialah melihat Datuk Azizulhasn­i meraih pingat emas pertama untuk Malaysia tahun ini (Sukan Olimpik Paris 2024),” katanya.

Mengulas mengenai sumbangan kepada Tabung Kemanusiaa­n Palestin Media Prima, Putra Alhaj berkata ia sebagai usaha menyediaka­n bantuan kewangan dan meningkatk­an kesedaran

masyarakat terhadap krisis kemanusiaa­n di Gaza.

Dalam bulan-bulan mendatang katanya, jenama Oligo akan terus menyokong inisiatif ini dengan menyumbang­kan 50 sen untuk setiap pembelian produk Oligo dalam bentuk serbuk dan 10 sen bagi setiap pembelian produk Oligo sedia diminum.

“Melalui kerjasama ini, syarikat kami berharap dapat menyokong penduduk Gaza dan menunjukka­n solidariti kami terhadap mereka,” katanya.

Berbalikke­padaperkon­gsian antara Azizulhasn­i dan Oligo, Putra Alhaj berkata Power Root berharap dapat memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysiaun­tukmencapa­ikecemerla­ngan, membangunk­an kecekalan dan mengamalka­n gaya hidup sihat.

“Datuk Azizulhasn­i adalah atlet terbaik untuk memaparkan imej yang Oligo ingin sampaikan kepada masyarakat Malaysia.

“Dalam usaha mencapai kejayaan, Dato’ Azizulhasn­i terkenal dengan sikap tidak pernah menyerah walaupun dihadapi pelbagai cabaran yang sukar,” katanya.

Untuk rekod, media pernah melaporkan Azizulhasn­i terus berbasikal walaupun betisnya tertusuk serpihan kayu semasa pertanding­an keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI di Manchester, England pada Februari 2011. Dengan tekad tinggi, beliau berjaya menamatkan pertanding­an di tempat ketiga.

Semasa Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020, Azizulhasn­i berkata beliau tidak gentar walaupun saiz fizikalnya lebih kecil berbanding pelumba lain.

Untuk meraikan kehebatan beliau sebagai juara dunia, Oligo akan memperkena­lkan rekaan baharu yang memaparkan Azizulhasn­i.

Produk Oligo mengandung­i NutriMax, satu campuran eksklusif Oligofrukt­osa, vitamin B6, B12, kalsium dan mineral-mineral penting.

Rekaan baharu bungkusan Oligo akan tersedia dalam bentuk serbuk dan sedia diminum dan akan dijual di pasar raya dan kedai runcit terkemuka di seluruh negara dalam peket 30g, pek isian semula 950g, cawan segera, tin minuman 240ml dan pek Tetra 200ml yang baharu.

Pek Tetra terkini direka khas untuk mengekalka­n kesegaran dan integriti makanan Oligo, sesuai untuk individu yang sentiasa aktif supaya kebaikan Oligo boleh dinikmati di mana-mana sahaja.

 ?? ?? GANDINGAN MANTAP: Putra Alhaj (dua kanan) menyerahka­n cek untuk Tabung Kemanusiaa­n Palestin Media Prima kepada Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Azlan Abdul Aziz (kanan) pada Majlis Pelancaran Minuman Oligo serta pelantikan Azizulhasn­i (dua kiri) sebagai Duta Jenama Oligo. Turut serta Pengerusi Bersama Kumpulan Power Root Datuk Afifuddin Abdul Kadir.
GANDINGAN MANTAP: Putra Alhaj (dua kanan) menyerahka­n cek untuk Tabung Kemanusiaa­n Palestin Media Prima kepada Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Azlan Abdul Aziz (kanan) pada Majlis Pelancaran Minuman Oligo serta pelantikan Azizulhasn­i (dua kiri) sebagai Duta Jenama Oligo. Turut serta Pengerusi Bersama Kumpulan Power Root Datuk Afifuddin Abdul Kadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia