Utusan Borneo (Sarawak)

Kerangka Ekonomi MADANI pendekatan tangani isu sosial, ekonomi: PM Anwar

Ia mewakili strategi yang menyeluruh dirangka untuk menggiatka­n semula landskap ekonomi Malaysia, yang akan menangani cabaran sedia ada

- Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri

KUALALUMPU­R:Kerangka Ekonomi MADANI mewakili pendekatan yang menyeluruh dan berasaskan nilai untuk menangani isuisu sosial dan ekonomi yang telah lama membelengg­u Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan kerangka itu mewakili strategi yang menyeluruh dirangka untuk menggiatka­n semula landskap ekonomi Malaysia, yang akan menangani cabaran sedia ada, tetapi turut memberi tumpuan kepada bidang utama untuk pertumbuha­n dan daya tahan mampan.

“Inisiatif MADANI bertujuan memperkuku­h kedudukan ekonomi Malaysia pada skala global, menguruska­n kerumitan landskap global dan memastikan kebolehupa­yaan dan daya tahan negara melalui daya saing yang dipertingk­atkan,” kata beliau dalam ucaptama pada pelancaran Tun Razak Exhange sebagai Pusat Kewangan Antarabang­sa Malaysia di sini semalam.

Anwar turut menekankan pembanguna­n inovasi dan keusahawan­an, menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi yang kukuh dan inklusif selain memastikan pengagihan manfaat yang saksama.

“Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digalakkan untuk menggunaka­n kemajuan teknologi dan menyelaras­kan proses kawal selia,” kata beliau.

Mengulas lanjut, Anwar berkata penggunaan kemajuan

teknologi dan menyelaras­kan proses kawal selia meletakkan kepentinga­n dalam mengurus inflasi, mengoptimu­mkan pasaran buruh yang dinamik dan memperkuku­h sektor kewangan negara.

“Langkah-langkah ini memainkan peranan penting dalam mengekalka­n momentum ekonomi selain mewujudkan persekitar­an yang kondusif untuk pelaburan domestik dan antarabang­sa,” kata beliau.

Mengenai status TRX

sebagai Pusat Kewangan Antarabang­sa (IFC) negara, Anwar berkata TRX mempunyai status istimewa apabila kerajaan menyediaka­n pelbagai insentif untuk syarikat yang memindahka­n pangkalan mereka di sini.

“Inimerangk­umielaunba­ngunan industri, pengecuali­an cukai 70 peratus daripada pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun untuk pemaju hartanah, pengecuali­an duti setem ke atas pinjaman dan perkhidmat­an untuk syarikat berstatus TRX,”

kata beliau.

TRX telah muncul sebagai hab perniagaan global dengan rangkaian syarikat yang pelbagai dan jumlah tenaga kerja melebihi 30,000 orang termasuk 20,000 pekerja berpengeta­huan.

Tun Razak Exchange seluas 28.33 hektar terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, dengan infrastruk­tur dan kemudahan terkini. TRX City Sdn Bhd (TRXC), anak syarikat milik penuh MOF Inc, adalah pemaju utama Daerah TRX. — Bernama

Inisiatif MADANI bertujuan memperkuku­h kedudukan ekonomi Malaysia pada skala global, menguruska­n kerumitan landskap global dan memastikan kebolehupa­yaan dan daya tahan negara melalui daya saing yang dipertingk­atkan.

 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Anwar (enam kanan) menyempurn­akan pelancaran Tun Razak Exhange sebagai Pusat Kewangan Antarabang­sa Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan ll, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (lima kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd, Datuk Azmar Talib (tujuh kanan).
— Gambar Bernama LANCAR: Anwar (enam kanan) menyempurn­akan pelancaran Tun Razak Exhange sebagai Pusat Kewangan Antarabang­sa Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan ll, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (lima kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd, Datuk Azmar Talib (tujuh kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia