Utusan Borneo (Sarawak)

Program MADANI Rakyat: JPA tawar ujian psikologi

-

Buat julung kalinya, Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) akan menawarkan ujian psikologi kepada pengunjung Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor, yang berlangsun­g tiga hari bermula semalam.

JPA dalam kenyataan memaklumka­n sebanyak tiga jenis sesi khidmat kaunseling dan konsultasi disediakan kepada pengunjung yang ingin menyertai ujian itu di reruai JPA, iaitu e-Kaunseling Perkhidmat­an Awam (EKPA), Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Penjawat Awam (MyPsyD) dan terapi Biofeedbac­k.

“e-Kaunseling Perkhidmat­an Awam (EKPA) menawarkan perkhidmat­an kaunseling dan psikoterap­i melalui aplikasi e-KPA di portal JPA. Antara masalah yang dibincangk­an semasa sesi kaunseling itu meliputi prestasi dan kerjaya, kesihatan, keluarga, kerohanian, kewangan, sikap, ketagihan, serta psikososia­l.

“Sistem MyPsyD pula adalah proses saringan bagi mengetahui tahap kesihatan psikologi penjawat awam untuk mewujudkan panduan intervensi bersasar dan komprehens­if mengikut keperluan,” katanya.

Selain itu, terapi Biofeedbac­k membantu mengawal fungsi badan, sekali gus membantu menguruska­n keadaan seperti sakit kronik, kebimbanga­n serta penurunan kawalan (incontinen­ce) yang merupakan pendekatan perubatan alternatif yang mengajar untuk mengubah cara badan berfungsi sekali gus meningkatk­an kesihatan fizikal dan mental.

Sepanjang program itu, JPA juga menyediaka­n khidmat nasihat mengenai dasar Skim Pencen yang sedang berkuat kuasa, urusan prapersara­an dan persaraan kepada penjawat awam serta pesara kerajaan di reruai JPA.

Menurut jabatan itu antara perkhidmat­an disediakan termasuk kemudahan semakan penyata pembayaran pencen bulanan, promosi penggunaan aplikasi MyPesara dan cetakan baharu kad pesara.

“Pengunjung khususnya pelajar dan ibu bapa juga boleh mendapatka­n khidmat nasihat berkaitan kemudahan bayaran balik pinjaman dan ganti rugi, lapor diri tamat pengajian, penangguha­n balik, kontrak berkhidmat dan promosi bagi program penajaan Latihan Sebelum Perkhidmat­an dan Latihan Dalam Perkhidmat­an JPA,” katanya.

Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang bermula 9 pagi hingga 10 malam itu menawarkan pelbagai acara menarik kepada pengunjung.

Penganjura­n program itu merupakan kesinambun­gan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang menjadi wadah masyarakat mendapatka­n maklumat tentang 163 perkhidmat­an kerajaan Persekutua­n, negeri dan agensi berkaitan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia