Utusan Borneo (Sarawak)

Bangunan terbakar di Sepanyol, empat maut

Seramai 14 orang cedera dan 20 hilang: Media

-

VALENCIA: Sekurangku­rangnya empat orang maut dalam kebakaran besar yang memusnahka­n sebuah bangunan bertingkat di bandar pelabuhan Valencia, timur Sepanyol kelmarin, menurut laporan media.

Seramai 14 orang cedera dan 20 lagi hilang, tambahnya.

Timbalan Pengarah Kecemasan Komuniti Valencia Jorge Suarez Torres mengesahka­n empat orang terbunuh dan 20 lagi hilang akibat kebakaran itu.

Kebakaran bermula kirakira jam 5.30 petang waktu tempatan di tingkat empat bangunan 14 tingkat itu dan merebak dengan pantas, kata saksi.

Bencana itu turut disiarkan secara langsung di beberapa rangkaian televisyen Sepanyol menunjukka­n api serta kepulan asap hitam besar menyelubun­gi bangunan di kawasan kejiranan Campanar di barat Valencia.

Televisyen awam TVE di Sepanyol melaporkan terdapat lebih 130 apartmen di bangunan tersebut yang musnah akibat “hangus dijilat api”, dengan 22 anggota bomba cuba memadamkan kebakaran itu.

Bercakap kepada stesen televisyen wilayah A Punt, Esther Puchades, timbalan ketua Persatuan Jurutera Industri (COGITI) di Valencia berkata kebakaran merebak dengan pantas kerana bangunan itu disaluti lapisan logam ‘polyuretha­ne’ yang mudah terbakar.

Luis Ibanez, yang tinggal di bangunan berhampira­n, memberitah­u TVE dia melihat api yang membakar blok “dalam tempoh beberapa minit”, menyatakan ia “seperti diperbuat daripada gabus”.

“Saya tidak dapat mempercaya­i apa yang saya lihat. Seluruh tepi bangunan yang bertentang­an dimamah api, dari tingkat satu hingga tingkat keenam dan ketujuh,” katanya.

“Terdapat angin kencang dan api merebak ke bahagian kiri dengan sangat pantas.”

Seorang penduduk, Vicente, pulang ke rumah hanya untuk menemui bangunan yang sedang terbakar, memberitah­u TVE dia berfikir bahawa semua orang telah selamat dipindahka­n.

“Saya fikir mereka semua telah keluar,” jelasnya.

Rakaman menerusi media sosial yang disiarkan semula oleh media Sepanyol menunjukka­n seorang bapa dan anak perempuann­ya diselamatk­an dari balkoni di mana mereka terperangk­ap.

“Tolong jauhi kawasan kebakaran untuk membolehka­n anggota perkhidmat­an kecemasan melakukan tugas mereka,” kata Datuk Bandar Valencia Maria Jose Catala menerusi platform media sosial X.

Seorang wanita yang memiliki kedai bunga berhampira­n memberitah­u televisyen umum bahawa bangunan itu berusia tidak lebih 14 tahun dan memiliki lebih 100 apartmen, semuanya mempunyai penghuni.

“Apa yang menyebabka­n kebakaran itu merebak adalah tiupan angin,” jelasnya, menceritak­an keadaan yang “kecoh” ketika kebakaran berlaku, mengganggu lalu lintas dan mencetuska­n kepulan asap hitam.

Menulis di platform X, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez berkata beliau “terkejut dengan kebakaran teruk itu” dan menghubung­i datuk bandar dan ketua wilayah “untuk menawarkan apa sahaja bantuan yang diperlukan” dan menyampaik­an ucapan takziah kepada semua mangsa kebakaran.

Pada Oktober, kebakaran memusnahka­n sebuah kelab malam di wilayah berhampira­n Murcia, mengorbank­an 13 nyawa dalam bencana terburuk melibatkan kelab malam di Sepanyol sejak tiga dekad.

Enam orang telah didakwa dalam sebahagian daripada siasatan pembunuhan tanpa niat dan mungkin berdepan hukuman penjara sehingga sembilan tahun sekiranya kematian itu didapati akibat kecuaian.

 ?? — Gambar AFP ?? MUSNAH: Kebakaran besar memusnahka­n sebuah bangunan bertingkat di bandar pelabuhan Valencia di timur Sepanyol kelmarin.
— Gambar AFP MUSNAH: Kebakaran besar memusnahka­n sebuah bangunan bertingkat di bandar pelabuhan Valencia di timur Sepanyol kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia