Utusan Borneo (Sarawak)

Israel serang kem pelarian Jenin, seorang terkorban, empat cedera

-

Seorang lelaki Palestin terkorban dan empat lagi cedera kelmarin dalam serangan Israel ke atas sebuah kereta di kem pelarian Jenin di wilayah Tebing Barat yang ditawan, kata kementeria­n kesihatan Palestin.

Pada awal minggu ini tentera Israel membunuh tiga pejuang Palestin dalam serbuan semalaman di kem, yang menjadi lokasi pertempura­n yang kerap sejak tahun lepas.

Rakaman video amatur dari tempat kejadian kelmarin kelihatan menunjukka­n sebuah kereta yang terbakar. Media Israel melaporkan serangan udara Israel telah menyasarka­n seorang pejuang Palestin yang dikehendak­i.

Pihak kementeria­n kesihatan menyifatka­nnya sebagai “serangan penaklukan”. Tentera Israel tidak segera memberikan respons kepada permintaan AFP untuk komen lanjut.

Serangan Israel itu berlaku beberapa jam selepas pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah beberapa kereta di lebuh raya Tebing Barat yang sesak, membunuh seorang lelaki Israel dan

mencederak­an lapan yang lain.

Wilayah Tebing Barat telah menyaksika­n peningkata­n dalam keganasan sejak perang Israel-Hamas meletus pada 7 Oktober. Pasukan tentera Israel dan peneroka haram Yahudi telah membunuh sekurang-kurangnya 400 rakyat Palestin, menurut

kementeria­n kesihatan di Ramallah.

Perang Gza meletus selepas serangan yang tidak dirancang oleh Hamas yang mengakibat­kan kematian kira-kira 1,160 orang di Israel, kebanyakan­nya adalah warga awam, menurut kiraan AFP berdasarka­n jumlah rasmi dari Israel.

Serangan udara dan darat Israel terhadap Hamas di Semenanjun­g Gaza telah menyebabka­n sekurangku­rangnya 29,410 rakyat Palestin terkorban, kebanyakan­nya adalah wanita dan kanak-kanak, menurut kementeria­n kesihatan di wilayah yang ditadbir oleh

 ?? — Gambar AFP ?? SASARAN: Orang ramai memeriksa sebuah kereta yang hangus selepas serangan udara Israel di kem pelarian Jenin di wilayah Tebing Barat kelmarin.
— Gambar AFP SASARAN: Orang ramai memeriksa sebuah kereta yang hangus selepas serangan udara Israel di kem pelarian Jenin di wilayah Tebing Barat kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia