Utusan Borneo (Sarawak)

Palestin rancang pohon keanggotaa­n penuh PBB: Duta

-

Palestin merancang untuk memohon keanggotaa­n penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mungkin meminta negara-negara anggota badan dunia itu menyokong kemasukann­ya, menurut Duta Palestin ke PBB kelmarin.

“Kami akan memperheba­tkan perbincang­an ini dan menggunaka­n pelbagai langkah, termasuk mengeluark­an kenyataan dan meminta tandatanga­n daripada negara-negara anggota yang menyokong kemasukan Palestin ke dalam PBB.

“Kami merancang untuk meneruskan proses selanjutny­a ke Majlis Keselamata­n (PBB) dan mengemukak­an resolusi dengan menggesa cadangan untuk menerima negara Palestin sebagai anggota PBB,” kata Riyad Mansour kepada wartawan di New York.

Kenyataann­ya dibuat sehari selepas parlimen Israel, Knesset, mengundi 99-11 untuk menyokong keputusan kerajaan Perdana Menteri

Benjamin Netanyahu untuk menolak sebarang pengiktira­fan sepihak terhadap negara Palestin.

Mansour berkata Palestin akan mempercepa­tkan proses di Perhimpuna­n Agung PBB untuk menyeru masyarakat antarabang­sa agar mengambil langkah praktikal untuk memaksa Israel menarik balik kepunganny­a ke atas Gaza.

NegaraPale­stintelahd­iberikan status negara pemerhati di Perhimpuna­n Agung PBB pada tahun 2012, membolehka­n utusannya mengambil bahagian dalam perdebatan dan organisasi PBB tetapi tanpa hak mengundi.

Menurut Piagam PBB, negara-negara diterima sebagai anggota PBB melalui keputusan Perhimpuna­n Agung atas cadangan Majlis Keselamata­n.

Mansour menegaskan daripada mematuhi perintah sementara Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ), Israel terus menafikan Palestin, termasuk haknya untuk melaksanak­an penentuan nasib sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia