Utusan Borneo (Sarawak)

Alonso calon isi jawatan pengurus Liverpool

-

Xabi Alonso ialah calon utama untuk menggantik­an Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool apabila jurulatih Jerman itu meletak jawatan pada penghujung musim ini.

Alonso, jurulatih Bayer Leverkusen yang berusia 42 tahun itu bukan sahaja kegemaran pilihan orang ramai, dia mengunggul­i tinjauan pendapat terkini oleh Anfield Watch sebagai calon untuk mengambil alih.

Hubunganny­a dengan Liverpool — Alonso menghabisk­an lima tahun di Anfield sebagai pemain dan anaknya juga dilahirkan di Merseyside — kini, lelaki Sepanyol itu menempa nama sebagai salah seorang jurulatih muda yang paling diminati ramai.

Pasukan Leverkusen kendaliann­ya berada pada landasan untuk merebut gelaran Bundesliga pertama mereka dan masih belum tewas dalam semua pertanding­an musim ini.

Dia mengenali kelab itu, dia mempunyai pemikiran taktikal yang hebat dan dia juga sangat kacak. Namun malangnya, Liverpool bukan satu-satunya kelab yang mengintai Xabi.

Juara liga, Bayern Munich telah memutuskan untuk berpisah dengan pengurus Thomas Tuchel pada hujung musim panas ini, berikutan prestasi buruk yang mengancam untuk tidak memberi mereka trofi buat kali pertama dalam 12 tahun.

Bayern dilaporkan mahu beralih kepada lelaki yang menghalang mereka dari menduduki puncak carta Bundesliga: Alonso.

Laporan mendakwa bahawa bekas pemain tengah itu, yang juga pernah bermain untuk Bayern serta Liverpool, ialah calon nombor satu Bayern.

Alonso kini hanya menumpukan perhatian pada pasukannya sendiri, sementara pengerusi Leverkusen secara terbuka menegaskan bahawa pengurus mereka tidak akan ke mana-mana.

Alonso perlu membuat keputusan besar dalam beberapa minggu akan datang, antara dua kelab lamanya.

Sekiranya dia memilih Bayern, ia akan menjadi tamparan kepada Liverpool. Laporan mencadangk­an Liverpool telah pun membuat tawaran kepada Alonso dan kehilangan sasaran utama mereka akan mengecewak­an.

Anfield Watch mengemukak­an soalan kepada peminat di media sosial X dengan lebih 14,000 pengundi pada tinjauan pendapat pemilihan calon yang paling kerap dikaitkan dengan kelab.

Pilihan merangkumi Ruben Amorim, Roberto De Zerbi, Thomas Tuchel dan lain-lain. Pengurus Brighton mendapayt undian terbanyak dengan 44.1% daripada undian keseluruha­n.

Jurulatih Sporting CP, Amorim menduduki tempat kedua dengan 26.5%, manakala Tuchel hanya menerima 10.3% undian, lebih sikit berbanding pilihan ‘lain-lain’ — dengan pelbagai nama calon seperti Steven Gerrard atau Julian Nagelsmann, Thomas Frank dan Hansi Flick disebut dalam komen.

Selepas Alonso, De Zerbi yang berusia 44 tahun kerap disenaraik­an sebagai pengganti seterusnya untuk Klopp di Anfield.

Jurulatih dari Itali itu telah memenangi hati peminat dengan pengurusan bola sepak yang berbentuk serangan di Brighton, manakala bekas pemain tengah itu turut mempamerka­n aksi cemerlang semasa mengendali­kan Shakhtar Donetsk dan Sassuolo.

Menurut satu laporan baru-baru ini, Brighton sudah membuat rancangan untuk pemergian De Zerbi pada akhir musim ini.

Brighton kendalian De Zerbi menduduki tempat ketujuh dalam Liga Perdana selepas 25 perlawanan, turut layak ke pusingan 16 akhir Liga Europa.

Prestasi Seagulls turun naik kebelakang­an ini, hanya memenangi dua daripada enam perlawanan liga pada 2024 setakat ini.

 ?? ALONSO ??
ALONSO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia