Utusan Borneo (Sarawak)

AC Milan, Benfica dan Marseille mara

Ketiga-tiga pasukan pilihan itu layak ke pusingan 16 akhir Liga Europa selepas masing-masing melepasi saingan ‘playoff’

-

PARIS: AC Milan menewaskan Rennes dengan agregat 5-3 semalam, sungguhpun tewas 2-3 dalam pusingan kedua playoff, lantas melayakkan diri ke pusingan 16 akhir Liga Europa, di mana mereka akan disertai rakan senegara, bekas juara Eropah, Benfica dan Marseille.

Benjamin Bourigeaud menjaringk­an hatrik untuk Rennes, termasuk sepasang penalti, tetapi gol dari Luka Jovic dan Rafael Leao memastikan Milan tidak membazirka­n pendahulua­n 3-0 dari perlawanan pertama.

Benfica mengalahka­n lawan Perancis dengan seri 0-0 di tempat lawan kepada Toulouse, ia sudah cukup untuk menghantar pasukan Portugal itu ke peringkat seterusnya selepas kemenangan 2-1 pada perlawanan pertama minggu lalu di Lisbon.

Lens, yang tercicir daripada Liga Juara-Juara dan ke pusingan kalah singkir playoff, menjadi kelab Perancis ketiga yang tersingkir selepas Freiburg bangkit daripada ketinggala­n dua gol untuk menang 3-2 selepas masa tambahan.

David Pereira da Costa dan Elye Wahi mengusai untuk Lens selepas tiada gol pada perlawanan pertama, tetapi Roland Sallai menjaringk­an dua gol untuk memaksa perlawanan ke masa tambahan di Jerman.

Michael Gregoritsc­h meraih gol kemenangan untuk Freiburg pada minit ke-99.

Marseille mengekalka­n minat

Perancis dalam pertanding­an itu apabila mereka bangkit untuk menewaskan Shakhtar Donetsk dengan agregat 5-3 selepas kemenangan 3-1 di Velodrom.

Georgiy Sudakov menyempurn­akan sepakan penalti awal di Marseille sebelum tuan rumah membalas menerusi gol ke-31 Liga Europa PierreEmer­ick Aubameyang.

Ismaila Sarr meletakkan Marseille di hadapan pada minit ke-74 dan Geoffrey

Kondogbia menambah gol ketiga pada penampilan sulung Jean-Louis Gasset sebagai jurulatih selepas pemergian Gennaro Gattuso.

Qarabag, pemenang 4-2 di tempat lawan Braga minggu lalu, membazirka­n kelebihan dua gol selepas dikurangka­n kepada 10 pemain dan pasukan lawan dari Portugal membawa perlawanan ke masa tambahan.

Pasukan Azerbaijan kembali mendahului melalui

Matheus Silva tetapi penalti Simon Banza untuk Braga.

Nariman Akhundzade menghantar Qarabag ke pusingan seterusnya dengan jaringan pada minit ke-122.

Dalam perlawanan lain, Sporting mara dengan agregat 4-2 walaupun seri 1-1 di tempat sendiri kepada juara Switzerlan­d, Young Boys.

Sparta Prague menutup jurang defisit 2-3 daripada perlawanan pertama dengan menjaringk­an tiga gol selepas

pemain Galatasara­y, Kaan Ayhan mendapat kad merah, terus menang pusingan kedua dengan 4-1.

Liga Konferensi Europa menyaksika­n Ajax menewaskan juara Norway Bodo/Glimt selepas masa tambahan untuk mara ke pusingan 16 akhir.

Selepas seri 2-2 di Amsterdam, skuad gergasi Belanda itu mendahului apabila Steven Berghuis menjaringk­an gol pada separuh masa pertama

perlawanan kedua.

Tetapi pemain pertahanan tengah mereka, Josip Sutalo dibuang padang pada awal babak kedua dan gol penyamaan Patrick Berg membawa perlawanan ke masa tambahan, disusuli gol minit ke-114 Kenneth Taylor membolehka­n Ajax mara melalui agregat 4-3.

Dinamo Zagreb menumbangk­an

Real Betis dengan agregat 2-1 dan Union Saint-Gilloise dari Belgium menewaskan pemenang Liga Europa 2022, Eintracht Frankfurt 4-3 dalam dua perlawanan.

Olympiakos juga mara bersama pasukan Switzerlan­d Servette, Norway Molde dan Sturm Graz dari Austria. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Europa di antara Marseille dan Shakhtar Donetsk di Stadium Velodrome di Marseille.
— Gambar AFP AKSI HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Europa di antara Marseille dan Shakhtar Donetsk di Stadium Velodrome di Marseille.
 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: TFC.
Toulouse bertembung dengan Benfica di Stadium
— Gambar AFP RANCAK: TFC. Toulouse bertembung dengan Benfica di Stadium
 ?? — Gambar AFP ?? LASAK: Rennes bertemu AC Milan di Stadium The Roazhon Park.
— Gambar AFP LASAK: Rennes bertemu AC Milan di Stadium The Roazhon Park.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia