Utusan Borneo (Sarawak)

RM599 harga maksimum tiket ke Sabah, Sarawak, Labuan sempena Aidilfitri: Loke

-

JELEBU: Kerajaan menetapkan RM599 harga maksimum tiket penerbanga­n kelas ekonomi sehala dari Semenanjun­g ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tempoh perjalanan tiga hari menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke berkata, ia antara lain bagi membantu melancarka­n percutian orang ramai balik beraya ke kampung halaman masing-masing pada April nanti.

“Memang kita ada dasar untuk semua perayaan, sama ada Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Gawai, Kaamatan dan Krismas, tiga hari sebelum raya, kerajaan akan tetapkan harga maksimum itu. Dalam Semenanjun­g tiada harga maksimum sebab ada mod pengangkut­an lain seperti bas dan kereta api.

“Kalau yang beli awal (tiket penerbanga­n) mungkin dapat harga lebih murah, tapi kalau ada kekurangan tiket maka harga akan melambung... sebarang kenaikan daripada RM599 akan ditampung menerusi subsidi kerajaan dalam tempoh tiga hari tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pecah tanah bangunan baharu bertingkat sebuah sekolah di sini, semalam.

Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, bagaimanap­un kementeria­n akan meminta pandangan daripada semua pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mengetahui tarikh sambutan sebenar Aidilfitri sebelum penetapan harga tiket itu dilaksanak­an.

“Saya difahamkan raya tahun ini mungkin Rabu (10 April) atau lebih awal, kita anggarkan tahun ini waktu puncak (orang pulang) adalah pada Sabtu (6 April) dan Ahad (7 April) sebelum raya, jadi penetapan kita mungkin pada hujung minggu tersebut, itu anggaran tapi kita kena dapatkan pandangan lagi,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMUDAHAN: Loke menyampaik­an ucapan pada upacara pecah tanah pembinaan bangunan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chun Yin, Titi di Jelebu semalam.
— Gambar Bernama KEMUDAHAN: Loke menyampaik­an ucapan pada upacara pecah tanah pembinaan bangunan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chun Yin, Titi di Jelebu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia