Utusan Borneo (Sarawak)

Program Jelajah Belia bentuk belia berkualiti untuk bangunkan negeri

-

Kerajaan Sarawak komited membentuk generasi belia berkualiti melalui program Jelajah Belia untuk membangunk­an negeri.

Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program itu bermula pada 2019 dan objektifny­a adalah pergi ke setiap pelosok negeri Sarawak untuk bertemu dengan golongan belia.

“Dalam pertemuan itu ada program tertentu terutama sekali sesi ‘townhall’ bersama belia-belia di satusatu tempat untuk mendengar inspirasi, pandangan dan harapan mereka.

“Ini kerana pentingnya kita menggubal programpro­gram di peringkat kementeria­n, bersama-sama dengan kementeria­n apabila kita turun padang ini, ada pegawai-pegawai tertentu yang akan mencatat apakah kemahuan, aspirasi belia dalam satu-satu tempat,” ujarnya kepada pemberita pada program Jelajah Belia anjuran Kementeria­n Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan di Dewan Suarah Kanowit, semalam.

Abdul Karim berkata, as

pirasi belia bandar dan belia luar bandar kadang-kadang berbeza.

Sehubungan itu katanya, pihak kementeria­n akan menilai apa jua aspirasi dan harapan mereka melalui program tersebut.

“Melalui program ini, kita (pihak kementeria­n) akan dapat menggubal programpro­gram kementeria­n dengan teratur untuk program kawasan luar bandar mengikut kesesuaian setempat kerana permintaan dan harapan belia-belia ini berlainan.

“Selain itu, kita membuat pertemuan dengan belia,

untuk menyuntik semangat mereka kerana kita tahu bahawa pembanguna­n masa depan negeri dan juga negara bergantung dengan golongan belia ini.

“Separuh daripada warga Malaysia, termasuk warga Sarawak adalah daripada golongan belia,” jelas Abdul Karim yang juga Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n.

ADUN Asajaya itu berkata, kementeria­n perlu sentiasa membuat pertemuan seperti ini agar kesinambun­gan dan harapan kerajaan untuk membangun masa depan negeri dan negara tidak terbantut.

“Itulah apabila kita turun padang kita dapat melihat kehendak dan keperluan belia-belia ini sangat memerlukan pelbagai prasarana yang seiring dengan pembanguna­n semasa terutamany­a berkaitan akses internet dan infrastruk­tur sukan,” katanya.

Sebab itu tegasnya, daripada maklum balas berkenaan perkara itu mereka dapat mengatur apakah yang perlu diatur untuk belia-belia baik dalam bandar dan luar bandar akan dapat kita angkat, acuankan belia yang baik untuk masa depan negeri ini.

Ditanya mengenai persediaan penganjura­n Sukan Malaysia (SUKMA), beliau berkata, ia berjalan dengan baik dan pada hari ini tinggal 176 hari lagi sebelum sampai ke hari temasya sukan tersebut.

“Memang saya pun ada perasaan khuatir terutama ia penganjura­n acara sukan yang besar serta melibatkan 37 acara sukan.

“Selain itu, organisasi lain juga diberi kepercayaa­n untuk menyediaka­n logistik, penginapan dan sebagainya agar semuanya teratur,” tegas beliau.

 ?? ?? BANGUNKAN BELIA: Abdul Karim (berdiri tengah) bersama ADUN Machan Allan Siden bergambar kenangan bersama para belia semasa program Jelajah Belia Sarawak di Dewan Suarah Kanowit semalam.
BANGUNKAN BELIA: Abdul Karim (berdiri tengah) bersama ADUN Machan Allan Siden bergambar kenangan bersama para belia semasa program Jelajah Belia Sarawak di Dewan Suarah Kanowit semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia