Utusan Borneo (Sarawak)

PTTEP Malaysia sumbang RM370,000 bantu 17 sekolah di Malaysia Timur

-

Sebagai tanda keprihatin­an terhadap kebajikan sekolah dan pelajar, PTT Exploratio­n and Production Public Company Limited (PTTEP) Malaysia semalam menyumbang­kan sebanyak RM370,000 bagi program pemerkasaa­n pelajar di Malaysia Timur.

Simbolik penyerahan­nya telah disempurna­kan oleh Ketua Aset PTTEP Malaysia Sarawak Denkey Thatchaich­awalit kepada pihak pengurusan sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) St Anthony di sini.

Beliau berkata, PTTEP Malaysia menyumbang lebih RM370,000 menerusi Malaysian Relief Agency (MRA) bagi tujuan pendidikan, alam sekitar dan pemerkasaa­n pelajar di Malaysia Timur.

“PTTEP Malaysla akan melanjutka­n program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pada tahun ini melalui kerjasama dengan MRA yang bermatlama­t bagi meningkat serta menambah baik taraf kehidupan kira-kira 500 pelajar di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Justeru katanya, PTTEP melaksanak­an beberapa inisiatif bantuan yang memanfaatk­an 17 sekolah di Bintulu dan Kuching di

Sarawak, selain Papar, Beaufort dan Ranau di Sabah, serta Wilayah Persekutua­n Labuan.

Sumbangan ini ujarnya, yang dibuat di bawah program program PTTEP Malaysia dan MRA iaitu ‘We Care Sarawak’ dan ‘We Care Sabah’ membuktika­n komitmen PTTEP terhadap tiga daripada empat tonggak CSRnya iaitu keperluan asas, pendidikan dan alam sekitar.

“Sebahagian besar sumbangan tersebut disalurkan bagi menampung keperluan

asas persekolah­an seperti kelengkapa­n kembali ke sekolah, kit kebersihan, bekalan makanan dan kemudahan lain,” jelas Denkey.

Selebihnya ujar beliau, sumbangan akan disalurkan bagi menyokong inisiatif pendidikan, alam sekitar, dan pemerkasaa­n masyarakat dengan kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan.

“Menerusi MRA, PTTEP Malaysia telah memperluas­kan program CSR anjurannya pada tahun ini melalui kerjasama dengan lebih banyak agensi kerajaan

di Sarawak dan Sabah termasuk Jabatan Kesihatan Daerah Papar, Pejabat Kesihatan Daerah Beaufort termasuk Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tatau dan Daerah Bintulu,” ujar beliau.

Menurutnya, dengan sokongan dan sumber daripada PTTEP, pihaknya dapat menyumbang dan memberi bantuan dalam bentuk penjagaan alam sekitar, pencegahan kebakaran dan tindakan kecemasan termasuk ceramah kesihatan serta inisiatif eksplorasi kerjaya.

 ?? ?? PRIHATIN: Denkey (dua kiri) merakamkan gambar bersama warga sekolah sejurus selesai acara simbolik penyampaia­n sumbangan di SK St Anthony, Bintulu semalam.
PRIHATIN: Denkey (dua kiri) merakamkan gambar bersama warga sekolah sejurus selesai acara simbolik penyampaia­n sumbangan di SK St Anthony, Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia