Utusan Borneo (Sarawak)

Taman rekreasi 60 ekar dirancang dibina di Batu Kawa

Ia antara transforma­si pembanguna­n dengan potensi pelanconga­n, beri pulangan ekonomi kepada penduduk: Dr Sim

- Oleh Marlinda Mardzuki Datuk Amar Dr Sim Kui Hian Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Sebuah taman rekreasi seluas 60 ekar dirancang dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawa.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ia merupakan antara transforma­si pembanguna­n dengan potensi pelanconga­n yang akan memberi pulangan ekonomi kepada penduduk setempat.

“Sebuah dewan serbaguna di bawah fasa pertama Projek Rejuvenasi Kuari Ang Cheng Ho dengan keluasan 20 ekar sudah siap dibina tahun lepas.

“Tanah seluas 20 ekar ini adalah di bawah kerajaan Sarawak. Namun, kawasan sekitarnya adalah milik persendiri­an atau syarikat swasta yang mana kita rancang untuk membina taman rekreasi awam berkeluasa­n 40 ekar menuju ke Emart Kawa

di sini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pemimpin Bersama

Rakyat sempena Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) DUN Batu Kawa yang dihadiri lebih 500 penduduk di

Dewan Serbaguna Ang Cheng Ho di sini, semalam.

Sehubungan itu, Dr Sim berkata pihak kerajaan akan mengadakan perbincang­an dengan syarikat swasta berkenaan bagi melaksanak­an rancangan tersebut.

“Sekiranya mereka bersetuju, kita sudah pasti dapat memajukan kawasan yang menghubung­kan kedua-dua tempat iaitu dari bekas Kuari Ang Cheng Ho ke Emart Batu Kawa dengan keseluruha­n tanah seluas sekitar 60 ekar,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Dr Sim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Batu Kawa berkata, projek itu turut akan merangkumi pembinaan taman tema air serta pelbagai kemudahan rekreasi seperti laluan joging, berbasikal, mendaki dinding tiruan dan banyak lagi.

Menurutnya, semua rancangan itu akan dilaksanak­an secara berperingk­at kerana setakat ini ia masih dalam fasa pertama.

“Fasa ini melibatkan pembinaan dewan serbaguna, hab inovasi TEGAS dan beberapa kemudahan lagi dengan kos

RM20 juta di kawasan bekas Kuari Ang Cheng Ho,” jelas beliau.

Untuk fasa dua dan ketiga pula tambahnya, ia akan merangkumi cadangan pembinaan pusat beli-belah, hotel, kemudahan untuk sukan air dan sukan lasak, taman hijau awam serta kemudahan rekreasi.

“Apabila semua projek ini siap kelak, para pelancong dan orang ramai terutama pada hujung minggu boleh datang ke kawasan Batu Kawa untuk menikmati kemudahan tersebut. Bagaimanap­un, tidak dinafikan pembanguna­n ini akan menyebabka­n kesesakan lalu lintas. Oleh itu, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah meluluskan pembinaan jalan baharu dan jambatan kedua yang menghubung­kan Batu Kawa sehingga ke Moyan, selain Jalan Stephen Yong ke Kampung Segedup,” katanya.

Sekiranya mereka bersetuju, kita sudah pasti dapat memajukan kawasan yang menghubung­kan kedua-dua tempat iaitu dari bekas Kuari Ang Cheng Ho ke Emart Batu Kawa dengan keseluruha­n tanah seluas sekitar 60 ekar.

 ?? ?? RAIKAN BERSAMA: Dr Sim merakam kenangan bersama penduduk DUN Batu Kawa yang menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Sambutan TBC di Dewan Serbaguna Ang Cheng Ho, semalam.
RAIKAN BERSAMA: Dr Sim merakam kenangan bersama penduduk DUN Batu Kawa yang menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Sambutan TBC di Dewan Serbaguna Ang Cheng Ho, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia