Utusan Borneo (Sarawak)

LNHK masih perlu tajaan untuk tampung kos operasi, pengurusan

-

Lions Nursing Home Kuching (LNHK) masih memerlukan lebih banyak tajaan daripada individu dermawan, entiti perniagaan atau badan korporat ekoran kekangan kewangan yang dialami pihaknya.

Pengerusi LNHK PID Datin Ellis Suriyati Omar berkata, pihaknya membelanja­kan lebih daripada RM100,000 sebulan bagi menampung kos operasi dan pengurusan pusat berkenaan.

“Perbelanja­an ini termasukla­h pasukan perubatan, kakitangan dan kumpulan sokongan pengurusan bagi LNHK yang menguruska­n 27 warga emas wanita dan lelaki masing-masing. Kakitangan kami pula adalah seramai 52 orang dan semua gaji mereka adalah mengikut ketetapan gaji berdasarka­n garis panduan daripada pihak kerajaan, justeru kami meminta sesiapa sahaja untuk tampil membantu kami,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena dengan Sambutan Cap Goh Mei anjuran District 308-A2 Governor, Kapitan Ronny Hiew di LNHK di Stutong, semalam.

Ellis berkata, pusat berkenaan turut memerlukan tambahan alat fisioterap­i yang memakan kos agak tinggi bagi kegunaan baik pulih anggota badan para penghuni di situ.

Justeru, beliau menghargai projek TBC ‘Kemanusiaa­n’ yang dimulakan oleh CanHope Kuching disokong oleh Timuran Kembangan Sdn Bhd, Pusat Kitar Semula Atas Sepakat dan Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Batu Kawa.

Pihaknya menerima sejumlah bantuan berupa beras, detergen cecair pakaian dan angpau bagi meringanka­n beban penghuni dan pihak pengurusan LNHK.

Sementara itu, Pengerusi Timuran Kembangan Sdn Bhd Dato Rahman Lariwoo menggalakk­an syarikat-syarikat korporat besar di negeri ini untuk turut serta memberi sumbangan kepada rumah jagaan warga emas itu.

Perkara itu boleh dilaksanak­an menerusi tanggungja­wab sosial korporat (CSR), ujar beliau.

Majlis itu turut menyaksika­n penyerahan simbolik bekalan keperluan harian yang diperlukan LNHK kepada pihak pengurusan yang diwakili Elllis, pemberian angpau kepada penghuni LNHK dan upacara menggaul ‘lou sang.’

Turut hadir Pengerusi Penganjur Program TBC ‘Kemanusiaa­n’ yang juga Kaunselor CanHOPE Kuching Connie Tan, wakil Pengasas Timuran Kembangan Sdn Bhd Angela Liew dan Pengerusi Persatuan Foochow Padawan Nancy Lau.

 ?? ?? CERIAKAN: Angela (dua kiri) menyampaik­an angpau kepada salah seorang penghuni di bilik fisioterap­i di LNHK semalam. Turut kelihatan, Connie (kanan), Rahman (dua kanan) dan Dato Winnie Lee (kiri).
CERIAKAN: Angela (dua kiri) menyampaik­an angpau kepada salah seorang penghuni di bilik fisioterap­i di LNHK semalam. Turut kelihatan, Connie (kanan), Rahman (dua kanan) dan Dato Winnie Lee (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia