Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 360,000 kunjungi BCM pada 2023, bukti venue tarikan pelancong

-

Muzium Budaya Borneo (BCM) merekodkan lebih 360,000 pengunjung sepanjang 2023, menjadikan jumlah kumulatif mencecah lebih 920,000 pengunjung sejak pembukaann­ya pada 9 Mac 2022.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini membuktika­n muzium itu berjaya menjadi salah satu tarikan pelanconga­n yang harus dikunjungi di Sarawak.

Selain menjadi tumpuan pelancong, BCM juga merupakan venue popular bagi pendidikan tidak formal dan menerima kunjungan golongan pelajar pelbagai peringkat.

“Tahun lepas saya difahamkan Jabatan Nuzium telah juga berjaya mengatur agar pelajar daripada institusi pengajian luar negara dapat berkunjung dan kita mendapat kunjungan daripada

National Yang Ming Chiao Tung University (Taiwan), Universita­s Muhammadiy­ah Pontianak (Indonesia), dan Crest Secondary School (Singapura).

“Selain itu, pelajar-pelajar lain kesemuanya berjumlah 11,430 orang yang telah berkunjung ke BCM,” ujarnya menerusi laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Apresiasi 2024 Jabatan Muzium Sarawak (JMS) di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Abdul Karim berkata JMS akan terus aktif dalam usaha pengurusan khazanah di negeri ini.

“Pelbagai kerja pemelihara­an berjaya dijalankan di 13 lokasi yang mempunyai monumen dan tapak bersejarah seluruh Sarawak oleh JMS. Antaranya klirieng di Batang Tatau, Bintulu; tiang bendera Liu Shan Bang di Bau, Kubu Charles di Kabong, Kubu Long Akah di Telang Usan dan Kubu Lio Mato di Ulu Baram,” ujarnya.

 ?? — Gambar UKAS ?? AMANAT: Abdul Karim ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Makan Malam Apresiasi 2024 Jabatan Muzium Sarawak di Kuching, malam kelmarin.
— Gambar UKAS AMANAT: Abdul Karim ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Makan Malam Apresiasi 2024 Jabatan Muzium Sarawak di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia