Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak komited tumpu akses, ekuiti dan kualiti pendidikan awal kanak-kanak: Razi

-

Kerajaan Sarawak komited memberi tumpuan kepada akses, ekuiti dan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini, kata Timbalan Menteri Pembanguna­n Kesejahter­aan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam.

Beliau berkata, kementeria­nnya sentiasa bekerjasam­a dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dan Kementeria­n Pendidikan (KPM) dalam membantu memantapka­n lagi pendidikan awal kanak-kanak.

“Kita ada bekerjasam­a dengan JPN Sarawak termasuk mengenai isu-isu berkaitan dengan anak-anak kita yang tidak dihantar ke pusat awal kanak-kanak di peringkat sekolah rendah harian biasa di bawah KPM iaitu prasekolah terutamany­a di kawasan luar bandar.

“Selain itu, di peringkat JPNS sebelum ini saya ada bekerjasam­a untuk membantu dalam meyelesaik­an isu ketidakhad­iran bukan di peringkat umur enam tahun sahaja, tetapi juga di sekolah menengah. Ini kerana kita tidak mahu banyak kes-kes yang menyebabka­n pelajar tercicir atau tidak pergi sekolah dan sebagainya,” katanya yang dipetik dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pro

gram SeDidik Sarawak Team Building 2024 di Damai Central, Santubong semalam.

Razi berkata, SeDidik merupakan usaha kerajaan Sarawak agar anak-anak tidak ada yang tercicir seawal umur lima hingga enam tahun.

Katanya, kerajaan Sarawak telah menetapkan bahawa kategori B40 dan ke bawah diberi secara percuma di SeDidik, manakala bagi M40 ke atas bergantung dengan umur dan status tapi tidaklah terlalu tggi.

“Sebab itu SeDidik terus diangkat sebagai satu pilihan untuk ibu bapa menghantar

anak-anak belajar. SeDidik merupakan salah satu usaha yang terbaik untuk pendidikan awal kanak-kanak.

“Kalau di kawasan bandar, saya rasa ibu bapa mungkin ada lebih banyak pilihan sama ada (prasekolah) swasta dan sekarang pun, SeDidik sudah menjadi pilihan komuniti kita,” ujarnya.

Tedahulu, program tersebut turut menyaksika­n Ceramah Integriti dan Rasuah bersama Penolong Kanan Penguasa, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Azmizan Abdullah.

Seramai 203 kakitangan SeDidik menghadiri program Team Building yang berlangsun­g selama tiga hari bermula 23 sehingga 25 Februari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar SeDidik Sdn Bhd Ayun Dahari, Pengurus Kanan Sektor Khidmat Korporat SeDidik Siti Rodziah Bunsu Drahman, Pengurus Kanan Sektor Pelaksanaa­n Program SeDidik Awang Kederi Awang Mahdar, Pengurus Bahagian Sumber Manusia Merangkap Penyelaras SeDidik Team Building Jelawai Munang dan tetamu kehormat lain.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Razi merakamkan kenangan bersama yang lain pada majlis perasmian Program SeDidik Sarawak Team Building 2024 di Damai Central, Santubong semalam.
UNTUK ALBUM: Razi merakamkan kenangan bersama yang lain pada majlis perasmian Program SeDidik Sarawak Team Building 2024 di Damai Central, Santubong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia