Utusan Borneo (Sarawak)

Wong: Kenaikan SST kepada lapan peratus melampau, perlu dimansuh

-

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Wong Ching Yong menyifatka­n kadar cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) yang dinaikkan dari enam kepada lapan peratus mulai bulan depan adalah melampau.

Sebagai contoh katanya, kenaikan ini akan menyebabka­n harga kereta lebih mahal.

“Adalah lebih baik SST ini dimansuhka­n dengan melaksanak­an semula cukai perkhidmat­an barangan (GST) tetapi pada kadar dua peratus seperti Singapura.

“GST mempunyai asas cukai yang luas dan lebih baik. Ia juga dilihat lebih adil dan cekap,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Cap Goh Mei Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong di sebuah restoran di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Setiausaha Penganjur SUPP Datuk Matthew Chen, Penasihat SUPP Cawangan Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck, Setiausaha Politik Premier Sarawak William Anut, Pemanca Paing Tawi, Pengerusi Pengelola Kaunselor Yiing Sy Huat, Pemanca Paing Tawi serta tetamu jemputan yang lain.

Wong berkata, SST juga diperluask­an untuk meliputi lebih banyak sektor termasuk perubatan tradisiona­l, tetapi telah dimansuhka­n selepas aduan daripada orang ramai sepertiSUP­Pyangdiket­uaioleh Presiden SUPP yang juga Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Beliau juga menyebut mengenai kadar cukai perkhidmat­an digital (DST) meningkat daripada enam kepada lapan peratus yang akan menjejaska­n perkhidmat­an perisian, permainan video dan latihan dalam talian.

Justeru, Wong menggesa kerajaan agar memansuhka­n SST.

Jelasnya, kadar SST yang tinggi ini akan turut membebanka­n rakyat dengan kenaikan harga semua barangan di pasaran.

“Tahun 2024 adalah sangat mencabar apabila kita semua akan menghadapi cukai yang terlalu tinggi,” tegasnya.

Lebih menyulitka­n lagi, jelasnya, dalam suku pertama 2024 ini subsidi RON95 dan diesel akan ditarik balik.

Sementara itu, Wong melahirkan rasa kecewanya apabila Lembaga Pelawat Hospital Sibu dianggotai oleh semua ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

“Sepatutnya, ahli lembaga ini harus dianggotai oleh ahli dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebab Hospital Sibu adalah di Sarawak,” tambahnya.

 ?? ?? RAIKAN BERSAMA: Wong (empat kiri) serta yang lain ketika menggaul ‘yee sang’ pada Majlis Sambutan Cap Goh Mei SUPP Cawangan Dudong di Sibu malam kelmarin.
RAIKAN BERSAMA: Wong (empat kiri) serta yang lain ketika menggaul ‘yee sang’ pada Majlis Sambutan Cap Goh Mei SUPP Cawangan Dudong di Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia