Utusan Borneo (Sarawak)

Emart Mom & Kids Fair kembali dari 26 Feb hingga 10 Mac

-

Pasar raya Emart, pusat beli-belah sehenti kegemaran ramai, akan mengadakan Mom & Kids Fair dari 26 Februari hingga 10 Mac 2024 di semua cawangan Emart di Kuching, Miri, Bintulu dan Sabah.

Lebih daripada 38 jenama menyertai pameran produk bayi yang terdiri daripada susu tepung, lampin pakai buang, aksesori bayi, peralatan mandian bayi, mainan dan banyak lagi.

Semasa Mom & Kids Fair juga, ahli Emart boleh menikmati diskaun istimewa dan mendapat hadiah terhad menerusi aktiviti diadakan.

Ahli Emart turut berpeluang mendapat baucar tunai RM5 percuma, khas untuk mereka yang membuat pembelian produk Mom & Kids Fair terpilih bernilai RM200 ke atas sepanjang pameran tersebut berlangsun­g.

Baucar tunai percuma itu boleh digunakan untuk menambah lebih banyak barangan produk bayi ke dalam senarai beli-belah ahli, tertakluk kepada terma dan syarat.

Turut diadakan untuk memeriahka­n pameran adalah My Little One Photo Contest yang menyediaka­n platform kepada ibu bapa memuat naik gambar kreatif bayi atau anak

mereka ke undian kanvas.

Bayi mahupun kanakkanak berumur berusia lingkungan 0 hingga 36 bulan dialu-alukan untuk menyertai peraduan itu yang menawarkan lima set baucar RM60 untuk gambar paling kreatif dan satu set baucar bagi anugerah paling popular bernilai RM50.

Peserta berpeluang memenangi hadiah (satu bagi setiap cawangan), tertakluk kepada terma dan syarat.

Cawangan yang mengambil bahagian termasuk cawangan Emart Riam, Tudan, Lintas Jaya, King Centre, Moyan, Sejingkat, Summer Mall, Tabuan Jaya, Batu Kawa dan Matang.

Untuk menyertai peraduan ini, peserta hanya perlu berbelanja RM30 dan ke atas dalam satu resit untuk produk Mom & Kids Fair terpilih, kemudian merakam foto bayi mereka bersama produk bayi yang dibeli dan menghantar­nya kepada Emart Malaysia menerusi Facebook Messenger.

Peserta juga dikehendak­i menghantar bukti pembelian sebelum 11 Mac 2024, jam 1 petang. Jangan lupa untuk menjemput rakan atau keluarga anda untuk mengundi ikon ’Love’ pada gambar anda.

Di samping itu, untuk membolehka­n kanak-kanak menikmati detik yang tidak

dapat dilupakan pada hujung minggu, terdapat banyak aktiviti interaktif telah dianjurkan di setiap cawangan Emart, antara lain Bengkel Pin Dot Dot, lukisan muka, maskot dan peraduan mewarna.

Turut diadakan, badut serta pemberian belon pada 2 Mac 2024 masing-masing di Emart Batu Kawa (jam 6 hingga 8 malam), Emart Moyan (jam 11 pagi hingga 1 petang) dan Emart Tabuan Jaya (jam 2.30 hingga 4.30 petang).

Aktiviti sama akan diadakan pada 3 Mac 2024 di Emart Matang (jam 11 pagi hingga 1 petang) dan Emart Sejingkat (jam 6 petang hingga 8 malam).

Sementara badut serta pemberian belon pada 9 Mac akan diadakan di Emart King Centre (jam 11 pagi hingga 1 petang), Emart Summer Mall (jam 6 hingga 8 malam) dan Emart Tabuan Jaya (jam 2.30 hingga 4.30 petang).

Pada 10 Mac 2024, aktiviti menarik ini kembali lagi di Emart Batu Kawa (jam 11 pagi hingga 1 petang), Emart Matang (jam 2.30 hingga 4.30 petang) dan Emart Sejingkat (jam 6 hingga 8 malam).

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti yang akan diadakan sepanjang Mom & Kids Fair, ikuti Facebook Emart Malaysia https://www.facebook.com/ EmartMY/.

 ?? ?? AYUH DATANG: Emart Mom & Kids Fair menampilka­n pelbagai produk serta aktiviti yang boleh disertai para pelanggan.
AYUH DATANG: Emart Mom & Kids Fair menampilka­n pelbagai produk serta aktiviti yang boleh disertai para pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia