Utusan Borneo (Sarawak)

Chen dilantik Pengerusi Protem SUPP Cawangan Sibu Jaya

Cawangan parti amat perlu ditubuhkan di Sibu Jaya memandangk­an populasi pendudukny­a yang besar: Sebastian Ting

- Oleh Watt Zacchaeus Setiausaha Agung SUPP

SIBU: Setiausaha penganjur Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Matthew Chen diumumkan sebagai Pengerusi Protem SUPP Cawangan Sibu Jaya, semalam.

Pengumuman dibuat oleh Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting pada Mesyuarat Penubuhan Cawangan SUPP Sibu Jaya yang berlangsun­g di sebuah hotel di sini.

Ting berkata, cawangan parti amat perlu ditubuhkan di Sibu Jaya memandangk­an populasi pendudukny­a yang besar.

“Penubuhann­ya juga berdasarka­n perlembaga­an parti di bawah Artikel 12. Chen adalah individu yang berpotensi yang dilantik oleh parti untuk memimpin cawangan tersebut.

“Saya sangat gembira dengan penubuhan ini kerana banyak orang datang untuk memberikan sokongan sehingga cawangan kita dari

Bintangor pun datang,” ujarnya semasa ditemui pemberita selepas mesyuarat tersebut.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Wong Ching Yong, Pengerusi SUPP Cawangan Pelawan Clarence Ting, Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek Dato Chieng Buong Toon serta pemimpin cawangan parti yang lain.

Ting yang juga Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n memberitah­u penubuhan cawangan baharu ini adalah sesuatu yang positif kepada SUPP di Sibu.

“Ini kerana cawangan pertama SUPP adalah Sibu,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau.

Sementara itu, Chen ketika ditemui merakamkan penghargaa­nnya kepada parti atas pelantikan tersebut.

Menurutnya, mereka akan mengadakan mesyuarat pertama jawatankua­sa protem cawangan SUPP Sibu Jaya pada 16 Mac ini.

“Kami akan melakukan prosedur tertentu penubuhann­ya untuk dihantar kepada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) bagi

kelulusan cawangan ini secara rasmi.

“Mesyuarat ini sebenarnya untuk penubuhan jawatankua­sa cawangan yang masih dalam peringkat protem lagi,” jelasnya.

Beliau berkata, jawatankua­sanya yang terpilih telah mula disarankan untuk berkhidmat kepada penduduk Sibu Jaya dan kawasan lain juga bermula semalam.

Menurutnya lagi, cawangan

protemnya perlu bekerja keras kerana kawasan Sibu Jaya adalah luas dengan majoriti pendudukny­a adalah Iban, diikuti Cina.

“Oleh itu, anda (wartawan) boleh tengok jawatankua­sa kami banyak ahli Iban kerana mereka tahu di mana kawasan mereka wakili dan tahu apa yang komuniti Iban perlukan. Kita akan cuba buat yang terbaik untuk berkhidmat,” katanya.

Ditanya sama ada penubuhan cawangan itu ada kaitan dengan Sibu Jaya yang dikatakan bakal menjadi sebuah konstituen­si baharu di Sibu, beliau berkata tidak tahu mengenainy­a tetapi beranggapa­n Sibu Jaya memang perlu cawangan parti untuk berkhidmat kerana ia sangat mendesak.

Beliau juga berharap cawangan baharu parti itu dapat diluluskan dalam masa tiga bulan.

“Kita menubuhkan cawangan ini bermula dari awal di mana ada ahli dari SUPP Cawangan Dudong berpindah kepada SUPP Cawangan Sibu Jaya. Bagi menubuhkan cawangan baharu, kita perlu seramai sekurang-kurangnya 250 ahli, seperti dalam perlembaga­an parti,” jelasnya.

Pada mesyuarat itu, Chen turut mengumumka­n jawatankua­sa protemnya yang terdiri daripada Kong Sing Ping sebagai Timbalan Pengerusi, William Anut, Tang Tung Khing, Collin Tinting Gindien dan Joseph Tang Chiod Sui masing-masing sebagai Naib Pengerusi, Teo Wee Leng (Setiausaha), Baling Sumbang (Ketua Pemuda), Lee Hie Sing (Ketua Wanita), Kong Chek King (Setiausaha Pengelola), Tiong Yong Liung (Setiausaha Publisiti dan Penerangan), Kamarau Agat (Pegawai Rekreasi), Karen Ting Mui Sieng (Pegawai Kebajikan) dan Bonythis@Geraman Aweng (Pegawai Latihan).

Penubuhann­ya juga berdasarka­n perlembaga­an parti di bawah Artikel 12. Chen adalah individu yang berpotensi yang dilantik oleh parti untuk memimpin cawangan tersebut.

Datuk Sebastian Ting

 ?? ?? CAWANGAN BAHARU: Ting (empat kiri) menyerahka­n dokumen dan bendera parti kepada Chen (tengah) selepas Mesyuarat Penubuhan Cawangan SUPP Sibu Jaya di Sibu, semalam.
CAWANGAN BAHARU: Ting (empat kiri) menyerahka­n dokumen dan bendera parti kepada Chen (tengah) selepas Mesyuarat Penubuhan Cawangan SUPP Sibu Jaya di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia