Utusan Borneo (Sarawak)

Ling puji tahap kematangan, toleransi rakyat sambut perayaan pelbagai kaum

-

Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) yang dirai dalam suasana aman damai di negara ini menunjukka­n tahap kematangan dan toleransi antara satu sama lain dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Alan Ling mahu semangat keharmonia­n itu diteruskan dan dipertahan­kan oleh semua rakyat.

“Kita boleh hidup dalam satu keluarga, saling menghormat­i antara satu sama lain dan berbelas kasihan, tidak kira apa jawatan kita, orang biasa di jalanan, wakil rakyat, penjawat awam, ahli perniagaan dan lain-lain,” ujarnya sempena Sambutan Cap Goh Mei dan pesta tanglung pada hari ke-15 iaitu penutup sambutan TBC, semalam.

Ling yang juga Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak berkata, seseorang itu mesti mengamalka­n empati dalam urusan sosial untuk cuba membantu golongan yang kurang bernasib baik, lemah dan kurang berpendidi­kan dalam mengatasi pelbagai isu dan masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan.

Menurut Ling, nilai empati dan kebajikan seharusnya diterapkan dalam diri kerana ia akan memberi rasa senang hati ketika menawarkan bantuan kepada orang lain.

“Bercakap daripada pengalaman saya sebagai ahli politik dan peguam secara profesion, saya sentiasa mendapati diri saya rasa kepuasan melebihi ganjaran material kerana secara sukarela membantu orang yang berada dalam kesusahan, terutama yang buta huruf yang mungkin jahil dan tidak sengaja melanggar peraturan atau undang-undang,” jelasnya.

Ling berbangga melihat majoriti rakyat Malaysia menolak ekstremism­e yang disebarkan oleh segelintir pihak tidak bertanggun­gjawab dalam usaha mencari kuasa politik.

 ?? ?? PELIHARA TRADISI: Ling dan ahli keluarga bergambar dengan lapan singa dari Persatuan Tarian Singa dan Naga Wai Sheng Miri sempena Sambutan Cap Goh Mei, semalam.
PELIHARA TRADISI: Ling dan ahli keluarga bergambar dengan lapan singa dari Persatuan Tarian Singa dan Naga Wai Sheng Miri sempena Sambutan Cap Goh Mei, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia