Utusan Borneo (Sarawak)

Setiap rakyat berdepan kesusahan harus dibantu: Chiew

Pendekatan itu harus dipupuk dalam usaha mewujudkan masyarakat Malaysia MADANI inklusif yang merangkumi semua

- Oleh Steve Annuar dan Ahli Dewan Negara dan Timbalan Pengerusi MPN Senator Abun Sui Anyit.

MIRI: Setiap rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama sememangny­a layak untuk menerima bantuan sekiranya mereka berdepan kesusahan.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man yakin dengan mengamalka­n sikap tersebut akan dapat mewujudkan satu masyarakat MADANI ataupun Malaysia MADANI inklusif yang merangkumi semua.

“Menjadi prinsip saya sebagai Ahli Parlimen di sini bahawa saya sekarang sedang membuat slogan ‘Di mana ada kesusahan, di situ ada keadilan.’

“Inilah semangat yang kami hendak pupuk dengan semua orang. Tidak kira siapa, asalkan orang tersebut perlukan bantuan dalam keadaan susah, kita harus cuba membantu mereka,” ujarnya.

Menurut Chiew, pembanguna­n yang dirancang tidak seharusnya tertumpu atau dinikmati oleh satu kelompok sahaja.

Kekayaan yang dimiliki negara katanya, seharusnya diagihkan secara adil dan saksama untuk setiap rakyat yang juga merupakan hala tuju kerajaan MADANI sekarang.

Menurut Chiew, pada tahun ini beliau akan terus memperjuan­gkan lebih banyak projek penting untuk Miri.

Chiew juga mahu kerjakerja menaik taraf Lapangan Terbang Miri dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Keselamata­n (ICQS) segera dilaksanak­an.

“Saya akan merayu kerajaan untuk membantu kita selesaikan masalah ini,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri di sini, petang kelmarin.

Chiew berkata, beliau akan turut menyuaraka­n masalah banjir di kawasan penempatan semula Tudan Desaras di Parlimen dengan memohon bantuan peruntukan daripada kerajaan pusat untuk menaik taraf parit.

Beliau memberitah­u, masalah banjir menghantui penduduk di kawasan itu setiap kali musim hujan.

“Apabila kita menjadi kerajaan, adalah menjadi tanggungja­wab memastikan satu kawasan mendapat peluang untuk dibangunka­n. Pada masa yang sama pastikan kebajikan rakyat dijaga,” jelasnya.

Mengulas tentang majlis itu, Chiew berkata sambutan melibatkan semua kaum adalah keunikan yang menggambar­kan penyatuan kaum dalam satu keluarga.

Pusat Khidmat beliau katanya akan terus menganjurk­an rumah terbuka pada setiap musim perayaan

“Inilah semangat yang kami hendak pupuk dengan semua orang. Tidak kira siapa, asalkan orang tersebut perlukan bantuan dalam keadaan susah, kita harus ” cuba membantu mereka. Chiew Choon Man Ahli Parlimen Miri

yang turut dijadikan peluang berinterak­si dan menemui pemimpin parti.

Hadir sama Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak Roland Engan

 ?? ?? MERIAH: (Dari tiga kanan) Roland, Chiew merakamkan kenangan bersama tetamu dan ahli PKR pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri, petang kelmarin.
MERIAH: (Dari tiga kanan) Roland, Chiew merakamkan kenangan bersama tetamu dan ahli PKR pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia