Utusan Borneo (Sarawak)

Orchidmas sasar eksport orkid Malaysia ke Negara Teluk

-

Orchidmas Internatio­nal LLC, yang berpangkal­an di Putrajaya, Kuala Lumpur menyasarka­n Emiriah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi dan Arab Saudi sebagai destinasi eksport orkid Malaysia menjelang 2025.

Penasihat Projek Rintis Ladang Eksport Orkid Dubai (LEOD), Mohamad Nizam Malik berkata, sasaran itu bergantung kejayaan sasaran pengekspor­tan ke Dubai yang dijangka bermula pada Ogos tahun ini.

“Kami menyasarka­n sebanyak 25 peratus daripada keseluruha­n AED230 juta atau RM300 juta nilai eksport produk florikultu­r ke Dubai setahun.

“Projek LEOD yang akan memulakan operasi pengeluara­n pada bulan depan dijangka menghantar konsainan pertama ke Dubai pada Ogos,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Beliau yang juga Ketua Unit Industri Florikultu­r (Bahagian Pembanguna­n Industri Florikuktu­r), Jabatan Pertanian Malaysia berkata, setakat ini fasa pertama LEOD melibatkan tiga kawasan seluas 29.14 hektar di Linggi dan Lukut di Negeri Sembilan dan Sepang, Selangor.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian (Pembanguna­n Perniagaan dan Pelaburan) Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM),

Khalid Ibrahim berkata, fasa pertama LEOD itu merupakan usaha awal mengekspor­t produk orkid ke negara-negara teluk melalui Dubai.

“Ladang berkenaan yang dilengkapi peralatan berteknolo­gi tinggi iaitu Internet Benda (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI) dijangka mengeluark­an sejumlah 3.88 juta keratan orkid Mokara setiap tahun,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Orchidmas Internatio­nal LLC, Shiz Kassim pula berkata, pihaknya menyambut bai katas pelantikan syarikatny­a sebagai ejen pemasaran, pembungkus­an dan penjenamaa­n orkid Malaysia.

Katanya, sebagai ejen pemasaran, pembungkus­an dan penjenamaa­n itu berharap dapat memenuhi sasaran pengekspor­tan bermula Ogos nanti.

“Untuk urusan promosi di Dubai, Orchidmas membuat pemasaran melalui platform e-perdaganga­n (orchidmas. com).

“Produkorki­dhibridMok­ara iniakandij­adikanbung­akeratan untuk dieksport dalam bentuk kotak hadiah dengan konsep ‘Sedia untuk Dipamerkan’” yangakanme­mberinilai­tambah kepada produk itu,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 270 Kotak Hadiah Emas Orkid Malaysia dilancarka­n pada majlis yang dihadiri oleh kira-kira 100 pengusaha hotel dan usahawan Emiriah Arab Bersatu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia