Utusan Borneo (Sarawak)

IPT disaran lebih agresif lahirkan graduan berkualiti

-

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini harus lebih agresif melahirkan graduan berkualiti serta sentiasa relevan bagi memudahkan mereka memasuki pasaran kerja tempatan dan antarabang­sa.

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak berkata, graduan perlu didedahkan dengan bidang kepimpinan dan mempunyai kemahiran berfikir secara kritis, kerja berpasukan serta mempunyai perwatakan global.

“Dunia pekerjaan dengan ketidakten­tuan ekonomi hari ini amat mencabar, oleh itu graduan perlu bersedia untuk bersaing demi pekerjaan dan masa depan,” katanya.

Salleh yang juga Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata demikian ketika berucap merasmikan Pogram Kerjaya Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) di sini, semalam.

Program itu adalah anjuran bersama SSK Centre, Akademi Pembanguna­n Minda Sdn Bhd dan PERKESO.

Dalam pada itu, Salleh menyambut baik inisiatif Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) yang sentiasa komited mempergiat­kan pelbagai inisiatif ke arah meningkatk­an kebolehpas­aran graduan.

Menurutnya, Kadar Belum Bekerja Graduan bagi Sabah menunjukka­n penurunan pada tahun 2023 sebanyak 7.6 peratus kepada 14.2 peratus berbanding tahun 2022 sebanyak 21.8 peratus.

Beliau berkata, penurunan itu membuktika­n usaha yang dilakukan oleh kerajaan khususnya kerjasama seumpama amat signifikan dan diyakini mampu terus mengurangk­an kadar penganggur­an Sabah.

“Berdasarka­n Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), secara holistikny­a sejumlah 569,200 penganggur direkodkan pada Suku keempat 2023.

“Kadar ini menunjukka­n penurunan sebanyak 0.3 peratus iaitu 570,900 orang pada suku sebelumnya.

“SSK Centre akan sentiasa berusaha dan komited dalam membantu melonjak serta meningkatk­an lagi kebolehpas­aran graduan IPT demi kebaikan bersama,” katanya.

 ?? ?? CENDERAHAT­I: Salleh menerima cenderahat­i semasa program terbabit.
CENDERAHAT­I: Salleh menerima cenderahat­i semasa program terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia