Utusan Borneo (Sarawak)

JTS Sarawak raih empat anugerah emas pada Malaysia Technology Expo 2024

-

Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak memperoleh empat anugerah emas pada Malaysia Technology Expo (MTE) 2024 yang berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 Februari.

Unit Perhubunga­n Awam JTS Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, empat anugerah emas itu diperoleh melalui dua projek inovasi yang dipertandi­ngkan oleh JTS pada ekspo tersebut.

Dua projek inovasi itu ialah Monitoring System for Survey of Land Acquisitio­n (MOSSLA) dan Flextervat­ion yang masing-masing dianugerah­kan pencapaian tertinggi dalam kategori Internatio­nal Innovation Awards (IIA) dan Public Service Innovation Asia (PSIA).

Anugerah bagi IIA disampaika­n oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud sementara anugerah bagi kategori PSIA oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Aminuddin Hassim.

IIA merupakan pengiktira­fan kepada inovasi yang menunjukka­n potensi kom

ersial yang tinggi dan solusi yang inovatif.

Ini merupakan penyertaan pertama JTS dalam kategori berkenaan untuk dinilai pada kriteria berbeza di peringkat antarabang­sa.

Sebanyak 201 inovasi dari pelbagai organisasi, syarikat, institusi pengajian tinggi dan penyelidik telah menyertai IIA dan 60 daripadany­a menerima anugerah emas IIA.

Bagi kategori PSIA, projek inovasi MOSSLA yang dibangunka­n oleh Kumpulan

Inovatif dan Kreatif (KIK) Lands Tahai Q dari JTS Limbang telah menerima Anugerah Khas Malaysia Technical University Network (MTUN) Technical and Vocational Education and Training (TVET).

MOSSLA menerima anugerah ini atas inovasi pendigital­an perkhidmat­an awam dalam memudahkan pengurusan projek demi faedah kepada rakyat.

Selain itu, MOSSLA juga menerima Anugerah Khas

dari Internatio­nal Alliance of Innovation and Invention Associatio­n manakala Projek Flextervat­ion telah mendapat Anugerah Khas oleh Japanese Intellectu­al Property Associstio­n (JIPA).

PSIA bertujuan sebagai platform untuk sektor perkhidmat­an awam mengetenga­hkan inovasi yang dibangunka­n oleh agensi sendiri secara dalaman.

Ia juga memberikan pengiktira­n serta mendorong meningkatk­an keberkesan­an dan kualiti penyampaia­n perkhidmat­an untuk rakyat dengan menggunaka­n trend teknologi terkini.

Sebanyak 37 projek inovasi telah menyertai kategori PSIA melibatkan 25 agensi perkhidmat­an awam.

Selain projek daripada JTS, 13 lagi projek inovasi dari agensi perkhidmat­an awam lain turut menerima pingat emas, manakala untuk pingat perak sebanyak 17 inovasi dan pingat gangsa diberikan kepada lima projek inovasi.

MTE 2024 merupakan platform bagi para penggiat inovasi dan kreativiti untuk

mempamerka­n inovasi mereka kepada umum.

Penganjura­n MTE kali ke-23 ini berjaya mengetenga­hkan sebanyak 368 inovasi dari pelbagai organisasi perkhidmat­an awam, syarikat berasaskan inovasi dan teknologi, institusi pengajian tinggi, penyelidik dan para pelajar di peringkat sekolah.

MTE 2024 juga telah melibatkan penyertaan dari 12 negara, antaranya Indonesia, Arab Saudi, China, Iran, Hongkong, Poland, Singapura, Yemen, Thailand dan Taiwan.

 ?? ?? TAHNIAH: Kumpulan Lands Tahai Q menerima Anugerah Khas dari Internatio­nal Alliance of Innovation and Invention Associatio­n pada majlis tersebut.
TAHNIAH: Kumpulan Lands Tahai Q menerima Anugerah Khas dari Internatio­nal Alliance of Innovation and Invention Associatio­n pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia