Utusan Borneo (Sarawak)

Perkataan ‘ketek’ dipopulark­an Premier kini jadi aplikasi KETEK

Aplikasi pertama seumpamany­a sedia pilihan dalam bahasa Iban

- Oleh Hamkar Sarbinee

KUCHING:Perkataan‘ketek’ yang dipopulark­an oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sejak 2022, kini menjadiseb­uahaplikas­iyangakan memberi manfaat kepada masyarakat di negeri ini.

Lebih menarik, pembanguna­n aplikasi tersebut merupakan yang pertama menyediaka­n pilihan bahasa Iban selain bahasa Melayu, Cina dan Inggeris.

Aplikasi yang menyediaka­n perkhidmat­an dalam sektor penghantar­an itu adalah 100 peratus milik Bumiputera Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KETEK Suhardy Yakop, perkataan ‘ketek’ diambil daripada bahasa Melayu Sarawak yang sering disebut oleh Abang Johari.

Menurutnya, KETEK pula merupakan satu aplikasi yang dicipta untuk melonjakka­n ekonomi digital, selain membantu usahawan menambah pendapatan dan menyediaka­n peluang pekerjaan kepada anak Sarawak.

“Kami bersepakat membangun sebuah aplikasi selepas kami melihat permintaan dalam perkhidmat­an penghantar­an semakin meningkat pada masa ini.

“Sehubungan itu, penggunaan aplikasi ini telah bermula hari ini (semalam) di seluruh Sarawak,” katanya pada majlis prapelanca­ranaplikas­iSarawak KETEK di Hotel Riverside di sini, semalam.

Suhardy menjelaska­n, pihaknya mengambil masa selama enam bulan untuk membangunk­an aplikasi berkenaan.

“KETEK juga akan berkolabor­atif dengan aplikasi penghantar­an yang dibangunka­n di Indonesia iaitu KETIK.

“Sasaran kami adalah menjadi penghantar­an antara sempadan Sarawak-Indonesia,” ujarnya sambil menambah ia mengetenga­hkan dua versi penghantar­an iaitu halal (beg merah) dan bukan halal (beg biru).

Suhardy menambah, aplikasi itu berbeza dengan aplikasi penghantar­an lain kerana ia tidak mengambil sebarang komisen daripada penghantar (rider) dan penjual (vendor).

“100 peratus pendapatan diterima oleh vendor dan penghantar adalah milik mereka. Selain itu, harga barangan yang berada dalam aplikasi itu adalah sama dengan harga di kedai,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengasas Bersama KETEK Qadafi Johari berkata, penerimaan masyarakat ke atas aplikasi itu sangat memuaskan setakat ini, terutama daripada anak Sarawak yang ingin bekerja.

“Pada peringkat awal, kita akan mula menyediaka­n perkhidmat­an dari Kuching ke Lawas termasuk memberi liputan di kawasan pedalaman, kampung-kampung

yang sebelum ini tidak pernah menerima liputan perkhidmat­an penghantar­an,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pengurus Operasi, Pemasaran dan Korporat Khusairi Johari menjelaska­n, aplikasi KETEK itu didatangka­n dengan empat versi bahasa iaitu bahasa Inggeris, Melayu, Iban dan Cina.

“KETEK merupakan aplikasi pertama di dunia ini yang menyediaka­n bahasa Iban.

“Selain menghantar makanan dan minuman, aplikasi ini membuat penghantar­an seperti pakaian, barangan dapur, farmasi, gas petroleum cecair dan parcel,” jelasnya.

Sehubungan itu, Khusairi berharap rakyat di negeri ini memberi sokongan terhadap aplikasi yang mesra pengguna ini demi kebaikan ekonomi Sarawak.

Aplikasi KETEK boleh didapati di Play Store dan pendaftara­n terus boleh dilakukan di aplikasi berkenaan.

Kami bersepakat membangun sebuah aplikasi selepas kami melihat permintaan dalam perkhidmat­an penghantar­an semakin meningkat pada masa ini.

Suhardy Yakop CEO KETEK

 ?? ?? KONGSI GEMBIRA: Suhardi (empat kanan) merakamkan kenangan bersama-sama rakan-rakan penghantar KETEK semasa majlis prapelanca­ran aplikasi terbabit, semalam.
KONGSI GEMBIRA: Suhardi (empat kanan) merakamkan kenangan bersama-sama rakan-rakan penghantar KETEK semasa majlis prapelanca­ran aplikasi terbabit, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia